IKLAN

Thursday 28 February 2013

TENGKU ADNAN PERTIKAI KAJIAN MERDEKA CENTER SOKONGAN BARISAN NASIONAL MERUDUM

www.blogpingsite.com


Parti Barisan Nasional mempertikaikan kajiselidik Merdeka Center yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membandingkan kajian Merdeka Center dengan kajiselidik BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut. Tengku Adnan berkata demikian selepas merasmikan kempen Skuad BN anjuran Persatuan Warga KL dan Selangor (klik) .

Inilah dia parti Barisan Nasional, apabila dikeluarkan laporan kajian bahawa sokongan kepada Barisan Nasional merundum mereka tidak berpuas hati. Begitulah yang ditunjukkan oleh Tengku Adnan yang mempersoalkan kajian Merdeka Center tersebut dengan menyatakan "Kamu mesti ingat, berapa orang sampel. Kamu mesti tanya Merdeka Center siapa yang jalankan kajiselidik, persampelan, jumlah sampel, siapa sampel." Beliau pula menggunakan sampel beliau tersendiri dengan mengambil reaksi penerima bantuan BR1M di kawasannya Putrajaya yang ada memeluk beliau ketika menerima bantuan tersebut terutama golongan muda penerima RM250/ bagi menunjukkan kerajaan perihatin.

Merdeka Center adalah sebuah firma yang menjalankan berbagai bidang kajian yang kadangkala didapati memihak kepada kerajaan dan kadangkala kepada pembangkang. Sebenarnya apa yang Tengku Adnan harapkan ialah kajian tersebut memihak kepada Barisan Nasional. Tiada apa yang boleh diambil tindakan terhadap Merdeka Center.  Lihat saja apa yang berlaku terhadap Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatannya hanya kerana berdasarkan analisis tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk  kemenangan parti Pakatan Rakyat (klik) .

Tengku Adnan mahu kajiselidik memihak kepada parti Barisan Nasional, ini dapat dilihat daripada analisis yang dibuat oleh Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) yang menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah ASLI, Tan Sri Michael Yeow jika PM Dato’ Sri Mohd Najib berjaya menarik lebih ramai pengundi Cina, kemungkinan BN mampu memenangi 150 kerusi dan sekali gus menguasai 2/3 kerusi majoriti.  Laporan seperti inilah yang mahu didengar oleh Tengku Adnan.

Tengku Adnan harus sedar Merdeka Center tidak mendapat apa-apa faedah dari kajiselidik yang mereka lakukan selain daripada untuk menggambarkan senario sebenar keadaan politik tanah air.  Tengku Adnan sendiri belum tentu akan memenangi kerusi Putrajaya. Tak gitu?