IKLAN

Tuesday, 23 October 2012

Himpunan Bantah Kebiadapan Lebai Chua Soi Lek Presiden MCA Oleh Pemuda PAS

Ping Blog
Hari ini  24 Oktober 2012 (Rabu)  jam kira-kira 2.30 petang bertempat di hadapan Wisma MCA Jalan Ampang dikhabarkan bahawa Pemuda PAS akan menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA merangkap pelakon terkenal, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam.  Ini dinyatakan oleh ketuanya, Nasrudin Hassan  (klik).

Memang tepat apa yang cuba dilakukan oleh Pemuda Pas tersebut.  Semasa penghinaan terhadap Rasullulah melalui filem pendek dibuat oleh Yahudi Amerika melalui Youtube dilakukan di luar negara Malaysia, pemuda PAS boleh mengadakan bantahan di hadapan kedutaan Amerika dengan ribuan orang hadir, mengapa pula tidak boleh dilakukan terhadap presiden MCA dan partinya menghina Islam yang dilakukan dalam negara sendiri.

Khabarnya jemputan mengambil bahagian dalam bantahan ini juga dibuat kepada Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno, ini kerana menegakkan agama adalah tugas bersama umat Islam tanpa sempadan dan perbezaan pegangan fahaman parti.  Sama juga bantahan lalu terhadap pengeluar filem menghina Nabi Muhamad SAW, tapi cuma berbeza bantahan yang dibuat ialah PAS mengadakan bantahah di kedeutaan Amerika sedangkan Pemuda Umno membantah di hadapan penduduk Kampong Baru di Masjid Jamek  (alasan untuk jaga keselamatan).

Kita tunggu dan lihat perkembangan perancangan yang dibuat oleh Pemuda Pas. Adakah Pemuda Umno akan turut sama?. Tujuan pemuda Pas  membuat bantahan adalah secara aman serta serahan memorandum itu saja.  Di harap tiada sebarang gangguan pihak berkuasa sebagaimana amannya bantahan yang dibuat di kedutaan Amerika yang lalu.


No comments:

Post a Comment