Esok
24 Julai, 2013 (Rabu) akan berlangsung pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala
Besut. PRK ini diadakan berikutan
kematian YB Dr Abd Rahman Mokhtar (BN). Dalam Pilihan raya Umum (PRU) Mei, 2013 Dr Abd
Rahman memperolehi undi 8809 sementara lawannya calon PAS, Napsiah Ismail memperolehi
6375 undi. Dr Abd Rahman menang dengan majoriti 2434.
Dalam
PRK Kuala Besut, Barisan Nasional telah menurunkan seorang Jurutera iaitu Tengku
Zaihan Che Ku Abd Rahman melawan calon PAS Azlan@Endot bin Yusof atau
lebih dikenali dengan panggilan Che Long seorang ahli kontraktor.
Selepas
penamaan calon dan masa berkempen berbagai-bagai janji dan pemberian dibuat
oleh Barisan Nasional kepada bakal pengundi di Kuala Besut. Berjanji dalamkan muara
Sungai Kuala Besut, pembaikan empangan Lowvier
dan berbagai projek yang tidak ada dalam manifesto PRU lepas. Yang tidak
dijanjikan ialah membina jambatan ke Pulau Perhentian. Menurut Ahli Jawatankusa Induk PRK Kuala
Besut Dr Dzulkefli Ahmad , sehingga kini
BN jumlah peruntukan telah digunakan
oleh BN dalam PRK Kuala Besut mencecah RM476.19 juta.
Kajian dari ILHAM CENTRE menunjukkan bahawa PRK Kuala Besut kemenangan akan
berpihak kepada Barisan Nasional berdasarkan kepada elemen bantuan rakyat
dimanipulasi sepenuhnya oleh jentera kerajaan dalam pelbagai bentuk sama ada
bersifat one off hinggalah kepada janji-janji yang mengikat minda pengundi.
Kebanyakan responden mengakui terpengaruh dengan manipulasi ini sehinggakan
peratus prediksi kemenangan memihak kepada Barisan Nasional mendahului sebanyak
69 peratus berbanding hanya 13 peratus kepada PAS.
Kajian
seperti ini juga berlaku pada PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 yang meramalkan kemenagan kepada calon
Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh
(seorang Senator dan juga Tim. Menteri Dalam Negeri ketika itu) berlawan
dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Bin
Endut. PRK ini diadakan kerana kematian Datuk Razali Ismail merangkap
Tim Menteri Pelajaran.
Barisan Nasional telah membuat pelbagai janji pada PRK Parlimen Kuala Terengganu ketika itu seperti:
Penubuhan dan pemberian RM 1 juta
untuk Tabung Kecemasan Nelayan. Peruntukan RM150,000 untuk skim
pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
Pemberian secara lambak tanpa
tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
Upacara mengasaskan projek
pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
Upacara perasmian projek
pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari
2009.
Upacara pecah tanah pembinaan
1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Perasmian peruntukan RM100 juta
untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
Pemberian RM6.1 juta untuk
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
Pemberian sebanyak RM2.5 juta
untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
Pengumuman geran RM 50 juta untuk
sekolah-sekolah Cina.
Pemberian pilot E-book (komputer)
kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book
(komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
Seramai 206 orang penenun songket
menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695
seunit.
Pemberian RM408.6 juta kepada
kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
Mengisytiharkan projek untuk
meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Walau
lambakan pelbagai pemberian dibuat oleh Barisan Nasional akhirnya keputusan PRK
Parlimen Kuala Terengganu telah dimenangi oleh calon PAS Mohd Abdul Wahid Bin Endut (PAS) dengan 32,883 undi mengalahkan Wan Ahmad
Farid Wan Salleh ( UMNO) mendapat 30.252 undi iaitu majority kemenagan kepada
PAS sebanyak 2631 undi.
Kali ini ramalan
mengatakan Barisan Nasional mempunyai 69% peluang untuk menang di Kuala Besut
hanyalah satu ramalan. Setakat ini
kedua-dua pihak mengharapkan pengundi yang bekerja di luar Kuala Besut untuk
membantu kemenangan. Ini serupa juga berlaku di Kuala Terengganu.
Semua faham nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah memainkan peranan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dengan memilih hari mengundi pada hari waktu bekerja mingguan dan tidak pada hari cuti hari mingguan. Hanya manusia merancang tetapi perancang dan ketentuan sebenarnya ialah Allah SWT. Tunggulah keputusan PRK Kuala Besut pada malam 24 Julai 2013 jam 10.00 malam sebagaimana dijanjikan oleh SPR mungkinkah apa yang berlaku di Kuala Terengganu pada 2009 akan berulang di Kuala Besut pada 2013 ini?.
Semua faham nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah memainkan peranan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dengan memilih hari mengundi pada hari waktu bekerja mingguan dan tidak pada hari cuti hari mingguan. Hanya manusia merancang tetapi perancang dan ketentuan sebenarnya ialah Allah SWT. Tunggulah keputusan PRK Kuala Besut pada malam 24 Julai 2013 jam 10.00 malam sebagaimana dijanjikan oleh SPR mungkinkah apa yang berlaku di Kuala Terengganu pada 2009 akan berulang di Kuala Besut pada 2013 ini?.