Isu
kritikan terhadap Utusan Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X
CEO Azran Osman Rani belum selesai rupanya, kali ini isu ini ditimbulkan pula
oleh Bung Mokhtar, Ahli Parlimen-Kinabatangan, Sabah semasa membahaskan titah
Yang di-Pertuan Agong. Bong Mokhtar dalam perbahasan tersebut menggesa Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara
pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang
dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum. Bung Mokhtar juga mengkritik Azran dengan menggelarkannya “Melayu biadab” (klik).
Inilah
sikap Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dari kalangan parti Umno yang
sanggup bermatian untuk mempertahankan sebuah akhbar rasis. Kerana hanya
mengkritik akhbar Utusan Malaysia yang selalu membawa isu-isu perkauman Azran
Osman dianggap Melayu biadap dan menggesa supaya berhijrah ke negara lain.
Amat
rendah mentaliti seorang wakil rakyat seperti ini yang hanya untuk mencari nama
dengan kritikan yang bodoh. Jika mahu mengampu utusan pun biarlah bertempat, bukan
cara sebegini yang harus ditunjukkan. Tindakan speaker Pandikar Amin Mulia
harus dipuji kerana membidas Bong Mokhtar supaya tidak mengkritik
seseorang yang tidak boleh menjawab balik dan menegur Bong supaya tidak
menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja.
Sebenarnya Bong Mokhtar lebih biadap daripada
orang yang dikritiknya. Bukalah laman
Youtube untuk melihat kebiadapan Bong Mokhtar dalam parlimen.
No comments:
Post a Comment