Datuk
Seri Najib sendiri dalam menjawab pertanyaan jika beliau dicabar hanya berkata
parti Umno adalah sebuah parti demokratik tidak seperti parti-parti lain. Sekiranya ahli Umno menerima cadangan supaya
jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan maka parti ini akan
kekal menjadi parti untuk pemimpin
tertentu sahaja. Kalau ditanya kepada
Tun Mahathir mungkin beliau juga setuju jawatan-jawatan tersebut tidak
dipertandingan kerana Tun Mahathir telah banyak kali merasai nikmatnya jawatan
Presiden tidak dicabar, mentelah lagi kedudukan anaknya Mukhriz sudah pun berada dalam
keadaan selesa sebagai Menteri Besar Kedah.
Ahli
akar umbi harus ingat inilah kali pertama diwujudkan sistem pengundian seramai 146,500 orang yang
mempunyai kuasa menentukan kedudukan pucuk pemimpinan Umno dan juga pucuk pimpinan
negara. Belum pun mencuba dan baru
hendak mencuba sistem ini telah ada suara-suara untuk menggagalkan apa yang
telah dipersetujui semasa pindaan perlembagaan Umno di buat pada 2009 tersebut. Alasan demi menjaga perpaduan parti adalah alasan yang lapuk. Lebih baik jangan buat apa-apa pindaan sekadar untuk menunjukkan satu transformasi parti.
Umno
sepatutnya terus memilih pemimpin yang lebih baik apabila bercakap diyakini dan
rakyat tidak terasa ditipu. Umno
mempunyai banyak pemimpin yang baik cuma mereka tidak mendapat peluang untuk dikembangkan kepimpinan mereka. Berilah keyakinan kepada 146,500
orang bagi menentukan pemimpin Umno masa depan sebagaimana pindaan yang telah dibuat. Inilah satu ujian bagi pemimpin-pemimpin yang ada. Sekiranya mereka berwibawa dan mereka mahu dikekalkan sebagai pemimpin negara, perwakilan tetap akan memilih mereka. Maka tidak perlulah mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
No comments:
Post a Comment