Dalam
kesibukan negara mengalami Jerebu akibat pembankaran hutan di negara jiran
Sumatra, Indonesia kita dikejutkan
dengan berita kematian Dr Rahman Mokhtar
iaitu ADUN Kuala Besut, Terengganu pada 26 Jun 2013. Dr Rahman juga adalah Exco
Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu. Alfatiha.
Surat
pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) Terengganu telah pun dibuat oleh Yang Dipertua DUN Mohd Zubir
Embong. Pihak SPR menyatakan pilihan raya kecil akan diadakan selewat-lewatnya
pada 27 Ogos, 2013 iaitu dalam tempoh 60 hari.
Sebelum
kematian Dr Rahman, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikuasai oleh Barisan
Nasional dengan 17 kerusi sementara Pakatan Rakyat pula 15 kerusi. Kini Barisan Nasional mempunyai 16 kerusi dan
pakatan rakyat pula kekal 15 kerusi. Pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut
kali ini adalah pilihan raya bagi menentukan hidup dan mati Barisan Nasional atau jatuhnya
sebuah kerajaan sebagaimana tumbang dan runtuhnya beberapa bangunan di
Terengganu.
Pada
pilihan raya ke-13 DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi terdiri daripada
99% bebangsa Melayu dan 1% bangsa Cina.
Dr Rahman memenangi sebanyak 8,809 undi sementara pencabarnya Napsiah
Ismail (Pas) memenangi 6,375 undi (majority 2,434 undi).
Pakatan
Rakyat sudah tentu akan menafaatkan isu yang diperkatakan oleh Datuk Seri Ahmad
Said, Menteri Besar Terengganu selepas mengangkat sumpah jawatan iaitu pembinaan
rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang BN kalah dan hanya akan membina di kawasan yang dimenangi BN.
Seperkara lagi terbaru ialah isu merobohkan Pasar Payang di Kuala Terengganu
dan digantikan dengan Kompleks Perniagaan yang moden.
Banyak
kebarangkalian yang bakal berlaku dalam pilihan raya kecil ini. Sekiranya pakatan rakyat memenangi pilihan
raya ini keputusannya ialah 16 kerusi BN dan pakatan juga 16 kerusi. Kita masih
ingat lagi selepas keputusan PRU ke-13 Datuk Seri Najib telah memanggil 17 ADUN
BN Terengganu berjumpa dengan beliau di Pejabat UMNO di PWTC.
Kali ini mungkin sekali lagi mereka akan dipanggil oleh Najib untuk
merapatkan saf tujuannya tidak lain adalah untuk mengelak mereka daripada melompat parti. Sudah tentu dalam keadaan
sekarang bukan Najib saja yang gundah gulana tetapi yang lebih membuatkan tidak dapat tidur lena ialah
Ahmad Said.
Keadaan
sekarang sukar untuk melihat apakah yang
ada didepan mata kerana masih tebal jerebunya. Perpatah ada menyebut tidak
lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Berserahlah kepada Allah SWT
sebab Allah sahaja berkuasa menaik dan menurunkan sesebuah kerajaan yang
dikehendakinya.
No comments:
Post a Comment