Dari
laporan yang dikeluarkan, pada Jumaat lepas pihak keselamatan Malaysia telah kehilangan dua nyawa
iaitu Inspekter Zulkifl Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 kerana terkena serpihan peluru mortar ditembak
oleh tentera kesultanan Sulu. Di pihak tentera Sultan Sulu pula dilaporkan terkorban
seramai 14 orang. Dari pendaratan tentera kesultanan Sulu sehingga hari ini
sudah memakan masa hampir tiga minggu. Terbaru semalam berlaku lagi kematian dipihak keselamatan kita iaitu seramai 6 orang di Semporna
pula, menjadikan jumlah kematian seramai 8 orang.
Semasa
mula-mula tentera Sultan Sulu mendarat dan menceroboh, Datuk Seri Najib berkata
isu ini akan diselesaikan dengan secara baik tanpa pertumpahan darah, tetapi
apakah yang berlaku sekarang. Sementara
itu Hishamuddin pula menyatakan jangan dengar kabar angin. Hishamuddin belum
lagi keluar dari tempurungnya, dunia ini terbuka luas informasi tidak boleh
disembunyikan. Lihat sahaja video dan
gambar yang dikeluarkan oleh youtube berhubung dengan tembak menembak ini dapat
disaksikan dengan jelas bukan lagi kabar angin.
Lebih menarik dalam satu sidang media Hishamuddin buat lawak pula
dengan meminta tentera Sultan Sulu ‘letak jawatan’. Mengapa harus minta mereka letak
jawatan, sepatutnya letak senjata. Orang yang harus letak jawatan ialah Menteri
Dalam Negeri, Hishamuddin.
Sekarang
rakyat Malaysia mempersoalkan bagaimanakah sempadan negara boleh diceroboh
dengan senang. Dimanakah sistem
pengesanan keselamatan atau sistem pertahanan Malaysia?. Jika ada negara yang berniat jahat terhadap
Malaysia untuk satu penaklukan rasa-rasanya dalam masa tidak sampai 24 jam
negara ini akan dapat diceroboh dan dikuasai dengan senang. Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM,
Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan
100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah bukan sebagai sandiwara. Beliau juga hairan mengapakah semudah itu
negara boleh diceroboh.
Sekarang
tiada guna untuk menuding jari untuk meminta perdana menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan juga Menteri
Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi
meletak jawatan. Yang lebih
penting selesaikan kemelut tentera Sultan Sulu ini dengan bijaksana selepas itu
bubarkan parlimen seterusnya adakan pilihan raya ke-13.
Sekarang
ini rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan Umno BN. Lihat saja apa yang dilaporkan oleh Utusan
Malaysia yang terang-terang mencari peluang untuk menaburkan fitnah dengan
mengeluarkan berita bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pula terlibat dengan
kedatangan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu hanya berdasarkan kepada laporan
sebuah laman blog MPP Online yang
memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai
sumber dakwaan (klik).
Rakyat tidak akan mempercayai sedikit pun
mengenai fitnah terhadap Anwar, lebih-lebih lagi media antarabangsa
mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media
Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum Keadilan, Datuk
Seri Anwar Ibrahim. Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di
Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, National Review dan
Red State.
Maklumat
diperolehi Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing
untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga
April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua
Trevino dengan menerima bayara USD389,724.70 (RM1.2 juta). Maka berkemungkinan juga berita yang dikeluarkan
di portal berita Filipina Inquirer News juga
sama saja caranya yang dilakukan untuk
memburukkan Anwar Ibrahim sebagaimana dilakukan oleh Joshua
Trevino.
Adalah lebih baik sebelum membuat tuduhan yang
melulu untuk menjatuhkan reputasi Anwar Ibrahim sila baca Sabahkini (klik)
yang menjelaskan perkara Lahad Datu ini. Kini orang juga mempersoalkan bagaiamana boleh kerabat kesultanan Sulu juga pernah di
jemput ke Perhimpunan Agong Umno ke 66 Tahun 2012. Sementara itu menurut laporan Manila Buletin
Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera
Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak. Apa cerita ni. Najib pula yang terkena (klik).
Nantilah
masanya tidak lama, kebenaran akan muncul juga untuk menunjukkan keadaan
sebenar di sebalik pencerobohan Lahad Datu. Buat masa ini kita doakan supaya pihak keselamatan kita polis dan tentera serta penduduk di daerah yang terlibat berada dalam keadaan selamat.
No comments:
Post a Comment