Dr Hatta Ramli, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS meramalkan
bahawa Pakatan Rakyat bakal menguasai sembilan buah negeri dalam pilihan raya
ke-13 akan datang (klik).
Walaupun
ianya satu ramalan, sudah tentu ada asas-asas yang konkrit yang membolehkan Dr
Hatta berkata sembilan buah negeri (ingat: bukan Negeri Sembilan sahaja) akan jatuh ke
tangan pakatan rakyat. Blog tanjaktinggi pula
pernah meramalkan bahawa lapan buah negeri akan dikuasai oleh pakatan rakyat
dalam PRU ke-13. Ramalan Dr Hatta lebih menakutkan. Ramalan berapa negeri bakal
dikuasai pakatan rakyat satu perkara, apa yang lebih penting ialah menguasai
Putrajaya. Inilah target sebenar, ini kerana menguasai negeri-negeri tanpa
menguasai Putrajaya tidak mempunyai erti dan nilai apa-apa.
Banyak
senario mutakhir ini yang boleh dibuat analisa bakal kemenangan pakatan rakyat.
Tanda-tanda sokongan rakyat memihak kepada pakatan rakyat amat jelas. Disaat akhir ini walaupun Papagomo
mengeluarkan video terbaru mengenai salahlaku Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara tersebut tidak
langsung manjadi kudis bagi mengurangkan sokongan orang ramai terhadap parti
pakatan rakyat. Walau apa pun siri fitnah berselang ganti dihidangkan, rakyat hanya mengambilnya bagai
angin lalu tidak bergerak pun bulu roma. Rakyat sudah lali dengan fitnah-fitnah
sebegini dari dulu, kini dan selama-lamanya fitnah adalah amalan hidup Umno lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.
Dengan
kenyataan Dr Hatta ini nampaknya lambat lagilah parlimen dibubarkan. “Dah lama
dah” (meminjam kata-kata Tun Mahathir) rakyat menunggu berita pembubaran
parlimen Kata Dr Hatta "Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh
pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang tidak
tertanggung”.
Saya
bersetuju dengan kenyataan Dr Hatta bahawa rakyat negara ini memang tidak sabar
hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu
nanti. Sebagaimana tulisan saya yang lepas dalam menunggu tarikh pilihan raya ramai yang terkena badi
penyakit ‘parkinson’ dengan tangan dan jari jemari terketar-ketar tidak sabar
untuk memangkah dan memberi undi untuk kemenangan kepada pakatan rakyat.
Penantian
satu penyiksaan. Teringat saya lagu Penantian yang dinyanyikan oleh Allahyarham
Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni, antara kata-katanya “PENANTIAN SUATU SIKSA YANG
TIDAK TERTANGGUNG”. Najib sebenarnya
sedang mempersenda dan mempermain-mainkan perasaan rakyat Malaysia. Amaran buat Najib, kemungkinan nanti Najib
dan partinya Umno BN akan lebih tidak tertanggung siksanya selepas pilihan raya ke-13
ini. Inn Syaa Allah. Manusia merancang, Allah SWT yang menentukan.
Sambil-sambil menunggu parlimen dibubarkan ikutilah lagu Penantian dari Harmoni (klik video).
Allahyarham
Zubir Ali
No comments:
Post a Comment