Kita
tidak tahu bilakah parlimen akan dibubarkan. Inilah pertama kali dalam sejarah orang yang paling berkuasa dalam Malaysia,
Datuk Seri Najib berteka-teki untuk
memilih tarikh yang sesuai bagi beliau dan Barisan Nasional mengadakan pilihan
raya. Mandat lima tahun kerajaan BN
telah pun berakhir pada 8 Mac 2013 yang lepas. Ini berdasarkan pilihan raya ke-12
di adakan pada 8 Mac 2008.
Ketidaktentuan
parlimen dibubarkan telah menyebabkan rakyat mengelarkan pimpinan Barisan
Nasional terutama Datuk Seri Najib sebagai seorang yang pengecut. Najib sendiri tidak yakin
Umno Barisan Nasional akan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya ke-13, lebih-lebih
lagi perkembangan terakhir dan ramalan-ramalan oleh penganalisa politik bahawa Pakatan Rakyat bakal berkuasa di
Putrajaya. Ramalan kemenangan pakatan
rakyat telah menyebabkan Najib bertambah trauma.
Dari
perkembangan mutakhir, pakatan rakyat sudah lama bersedia dengan siri-siri
ceramah Jelajah Merdeka Rakyat (PKR), Negara Berkebajikan (PAS) dan Ubah (DAP). Pakatan terpaksa
mengambil langkah mengadakan ceramah diseluruh negara, ini kerana media cetak
dan elektronik telah dikuasai sepenuhnya oleh Umno BN. Sebab itu kita dapat
lihat setiap hari bemula subuh, tengahari dan penutup malam berita-berita yang
disensasikan berbentuk fitnah disediakan untuk meracuni fikiran rakyat. Walau bagaimanapun ini semuanya tidak
langsung boleh memesongkan apa yang ada dalam fikiran rakyat.
Semakin
ditangguh pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya, semakin banyak
isu-isu yang menimpa Umno BN. Isu lama belum terjawab isu baru pula meluap-luap.
Dalam menunggu tarikh pilihan raya ramai yang terkena badi penyakit ‘parkinson’
dengan tangan dan jari jemari terketar-ketar tidak sabar untuk memangkah dan memberi undi kepada pakatan rakyat. Ini yang menghantui Najib sehinggakan kerap kali terpaksa menyatakan “jangan buat
ekpirimen mengubah kerajaan”. Sementara
Tun Mahathir pula berkata “golongan muda jangan taksub tukar kerajaan”.
Dalam
kelewatan menanti parlimen dibubarkan ramai yang menjadi Nujum Pak Belalang,
ada yang berkata Najib telah mengadap DYMM Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan
Agong mendapat perkenan membubarkan parlimen, cuma untuk mengumumkan sahaja tarikhnya, ada juga meramalkan akhir bulan
ini iaitu selepas LIMA ’13 (26 – 30 Mac).
Apa-apa
pun kita tunggu dan lihat, yang penting apa yang telah ditekadkan tidak
berganjak. Semoga sakit ‘parkinson’ sementara akan sembuh selepas jari-jemari
memangkah undi dan ditanda dengan dakwat kekal.
No comments:
Post a Comment