IKLAN

Wednesday, 29 February 2012

Tiada Beza Surat Mahathir, Kenyataan Anwar (WSJ)


            
  
    Yitzhak Rabin                   Banjamin Netanyahu             Ehud Barak

Kerajaan Malaysia telah mempamirkan ketiga-tiga surat ditulis oleh Dr Mahathir kepada tiga orang Perdana Menteri Israel  iatu  bermula daripada Yitzhak Rabin (2/12/1993), Benjamin Netanyahu (14/3/1997) dan Ehud Barak (8/6/1999) [sila lihat Utusan Online 1/3/2012].

 
Kandungan pada ketiga-tiga surat tersebut boleh dirumuskan bahawa:

  • Harapan Malaysia untuk melihat perlaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangan antara PLO dan Israel, 
  • Minta Israel  bersedia bertolak ansur dengan Palestin,  Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak,
  • Malaysia bersedia untuk membina kerjasama dengan Israel pada masa yang sesuai.  Sementara itu  beliau ingin melihat kemajuan ketara dalam perlaksanaan perjanjian damai,
  •  Bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi  dan  teknologi  dengan  Israel  sebaik Israel  memenuhi  komitmen  yang  dibuat  oleh  kerajaan  Israel  yang sah.

Meneliti kepada kandungan surat-surat Dr. Mahathir tersebut, tiada apa-apa perbezaan antara surat-surat Dr Mahathir tersebut  dengan pernyataan Dato’ Seri Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) seperti berikut:

 “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) “a step which he said remains contigent an Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa israel mesti menghormati aspirasi rakyar Palestin. )

Kenyataan Anwar  yang mahukan keamanan dan keselamatan Israel dan Palestin telah dijaja habis-habisan  secara berterusan oleh  Media pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib kononnya Anwar  pengkhianat  kepada  aspirasi  rakyat Palestin.  Kenyataan Anwar sebenarnya disiarkan sebahagian sahaja manakala ayat selanjutnya "a step which he said remains contigent an Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) telah ditinggalkan  untuk diputarbelit.

Sebenarnya isu Israel dan Palestin akhir-akhir ini telah menjerat kepimpinan  PM Najib. Perdagangan intim Kerajaan BN dengan Israel dan terdapatnya kapal-kapal dagang Israel di Pelabuhan Malaysia terbukti apa yang dinyatakan adalah benar. Putar  dan sampai tak boleh hendak putar (spin), banyak sungguh putar  tetapi tak langsung menjadi. Sebagai  jalan membersihkan  lumpuh akibat berkubang sendiri, maka surat-surat Dr. Mahathir  dikeluar dan dipamirkan kepada rakyat melalui media pemfitnah UMNO.  Pengeluaran surat-surat tersebut semata-mata bertujuan untuk menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan UMNO/BN  menyokong  terhadap perjuangan Palestin.