IKLAN

Friday, 24 February 2012

Hentikan Sikap Hipokrasi Dan Double Standard Isu Israel


Pada 24 Februari 2012 kira-kira 100 orang pemuda UMNO telah mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di Tropicana bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel. Mereka membawa sama bendera Barisan Nasional, UMNO dan juga bendera Palestin. Kain-kain rentang turut dipamerkan, antaranya tertulis perkataan "PKR + Anwar = Keldai Israel".

Dato' Seri Anwar telah menerangkan keadaan sebenar penyataan beliau kepada Wall Street Journal (WSJ) dalam siri-siri ceramah beliau bagi membolehkan rakyat faham. Kenyataan Anwar dalam WSJ sebenarnya “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contigent an Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa israel mesti menghormati aspirasi rakyar Palestin. Pernyataan tersebut tidak disiarkan sepenuhnya. Media pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononya Anwar mengkhianti aspirasi rakyat Palestin.

Mengapa baru sekarang timbul hajat pemuda UMNO untuk tunjuk taring dengan berdemo di hadapan ibu pejabat PKR?. Ini kerana tembelang sebenar UMNO sudah tidak boleh dibendung lagi terus pecah dan berbau busuk. Sebenarnya puak UMNOlah penyokong kuat Israel berdasarkan beberapa perkara yang jelas. Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesai dua negara (two state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009. UMNO juga yang melantik APCO untuk menjadi penasihat kepada Malaysia. Malaysia juga adalah rakan dagang Israel ke 15 terbesar dengan jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel berjumlah 667.6 juta Euro, antara produk terpenting dagangan tersebut ialah minyak kelapa sawit.

Pendedahan terbaru yang mengejutkan ialah terdapatnya kapal Israel iaitu Zim Intergrated dan Zim Atlantic yang berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang yang menguruskan barang dagangan Malaysia/Israel. Ini mengesahkan lagi wujud perhubungan Malaysia dan Israel. Dari semakan yang dibuat oleh blogger pro pakatan didapati bahawa kedua-dua kapal tersebut berdaftar di Liberia adalah kepunyaan Israel. Inilah yang menyebabkan UMNO terkedu dan terperangkap dalam jala fitnah mereka sendiri. Eloklah hentikan memutar belit isu pernyataan Anwar kepada AWSJ berhubung dengan isu Israel dan Palestin ini. Sungguhpun rakyat Malaysia memang bencikan Israel dan amat bersimpati kepada rakyat Palestin tetapi isu yang dimainkan UMNO tidak memberi kesan apa-apa untuk survival politik UMNO.  Apabila rakyat mengetahui bahawa UMNO sebenarnya pro Israel, bagi menutup isu ini, maka pemuda UMNO turunlah berdemo jadi mangkuk tambah. Carilah lagi  isu dan fitnah yang lain pula.

No comments:

Post a Comment