IKLAN

Monday, 27 February 2012

Mana Berita Himpunan Hijau 2.0 Di Media UMNO

Hari ini puas membelek-belek ruang berita online  Bernama, Berita Harian dan juga Utusan kalau-kalau ada berita berhubung dengan Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK4).  Tiada lansung berita dan gambar mengenai Himpunan Hijau dimuatkan dalam berita tersebut. Mungkin aku terlepas pandang.

Walaubagaimana pun Berita Harian Online ada mengeluarkan  berita Perhimpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang Kecoh. Berita perhimpunan   yang disertai kira-kira 500 orang di Sudut Pidato, Padang Kota, di sini, semalam, kecoh apabila kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) termasuk kumpulan bermotosikal turut berada di kawasan perhimpunan yang bermula jam 6 petang. Mereka juga telah mengepung kereta rasmi yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika dibawa keluar dari kawasan itu.  Dilaporkan juga ahli NGO turut menjerit dengan mengatakan 'Guan Eng Penipu; Kami Sokong Lynas dan Kami sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.' 

Takut sungguh media pengampu UMNO/BN untuk melapurkan kebenaran.  Sebab berita ini memang menakutkan.  Lihat saja gambar di bawah,  kalau disiarkan di halaman hadapan media cetak, runtuh.


.

Datang tidak diupah.  Sukarela kerana tanggungjawab




No comments:

Post a Comment