IKLAN

Wednesday, 22 February 2012

BN Kalah Pencen Tak Ada

Kalau BN kalah pencen kita tak ada. Begitulah antara kata-kata seorang polis pencen yang bersara sejak tahun tahun 1981. Kalau BN tak memerintah pencen tak ada. Astaghfirullahalazim, sepatutnya beliau mengucap dan berastaghafar dan ingat kepada qada dan qadar. Allah yang menentukan segalanya manusia hanya merancang. Inilah jenis orang yang tidak mahu menerima kenyataan kerana minda mereka telah tertutup rapat dikuasai oleh gerombolan UMNO. Mereka inilah yang saban hari melaungkan slogan bangsa (Melayu), Agama (Islam) dan Raja dengan menakut-nakutkan jika BN tak memerintah inilah yang akan terjadi.

Polis pencen tersebut di atas tidak mahu memahami atau mengambil tahu sejarah dunia kini. Cuba lihat sejarah politi United Kingdom, telah beberapa kali pemerintahan bertukar seperti mana dikehendaki oleh rakyat iaitu parti Conservative, Labour juga Liberal Democrats. Tidak terdengar pula berita orang pencen tak terima pencen atau Queen dijatuhkan.

Taksub sungguh mereka dengan UMNO. Cuba mereka duduk bersenang diri kemudian bayangkan betul-betul akan parti UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Apabila dikatakan pemimpin yang ada sekarang adalah perasuah, Pak Cik polis pencen cepat-cepat nak tukar tajuk dengan mengatakan “ ala kalau mereka naik pun mereka sama juga rasuah”. Sabarlah.

No comments:

Post a Comment