Sudah banyak kali ceramah Pakatan Rakyat terutama ceramah yang
melibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim samada
diganggu oleh pihak polis, pihak UMNO atau dari mamat-mamat upahan. Pada
25/3/2011 ketika Anwar Ibrahim berceramah di Taman Melawati, Hulu
Kelang, ianya telah diganggu oleh pihak polis dengan mengarahkan Anwar
memberhentikan ucapannya. Pada bulan yang sama juga 30/3/2011 ketika
Anwar mengadakan ceramah di Semariang, Sarawak ceramah tersebut juga
diganggu oleh pihak polis.
Selain daripada gangguan dilakukan oleh pihak polis, ceramah Pakatan
Rakyat iaitu dari Parti Pas juga diganggu oleh orang kuat UMNO.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Hamidah Osman ADUN Sungai Rapat
pada 1 Februari 2012 semasa ceramah perdana Pas diadakan di UPU Kampung
Pisang, Batu Gajah, Hamidah juga mengadakan ceramah bersebelahan tempat
ceramah Pas tersebut. Tidak cukup dengan itu pemuda-pemuda bermotor juga
didatangkan membuat bising di ceramah tersebut. Begitu juga dilakukan
oleh Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 13/12/2011 sanggup turun ke
Bukit Baru, Melaka mengganggu cermah Pas dengan berceramah bersebelahan
tempat ceramah Pas.
Gangguan terbaru dan menyedihkan ialah terhadap ceramah Dato’ Seri
Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor pada malam Ahad yang lalu (20/02/2012).
Apa yang dilaporkan ialah sekumpulan anak muda dalam kumpulan 200 orang
dengan membawa bendera UMNO dan BN telah membuat kacau dengan
mengeluarkan kata-kata maki hamun yang keji terhadap Dato’ Seri Anwar.
Mereka juga mengambil tindakan ganas dengan bertindak memecahkan cermin
kereta Dato’ Seri Anwar pada malam tersebut. Syukur tindakan ganas ini
tidak melibatkan kecederaan dan maut. Tindakan ganas mamat-mamat upahan
ini sudah tentu ada yang mengarahkannya.
Pihak Pakatan Rakyat seharusnya tidak terbawa-bawa dengan budaya
ganas ini. Apa yang harus dilakukan ialah mengawal keadaan lebih baik
daripada menyambut provokasi. Kita harus faham orang yang lemas akan
mencapai apa saja untuk cuba menyelamatkan dirinya. Begitulah apa yang
berlaku kepada UMNO. Apa yang perlu dilakukan ialah hebahkan
perbuatan-perbuatan ganas ini dalam media Pakatan Rakyat dan juga
blog-blog, facebook, tweeter pro pakatan agar rakyat dapat maklumat dan
menilainya. Ini akan bertambahnya sokongan dan simpati. InsyaAllah tuhan
lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment