Tanjaktinggi telah menjangkakan bahawa presiden Umno, Datuk Seri Najib
akan menggunakan pentas Pehimpunan Agung Umno 2012 sebagai pentas untuk
menghentam parti pakatan rakyat habis-habisan, ini sebagai persediaan menghadapi
pilihan raya ke 13 yang akan datang.
Najib
bukan saja menghentam pembangkang tetapi ‘masuk bakul angkat sendiri’ dengan
mewarwarkan bahawa beliaulah menteri kewangan yang berjaya menaikkan ekonomi
negara sehingga 30 peratus sedangkan semasa krisis ekonomi 1998-1999 menteri
kewangan (Anwar Ibrahim) gagal. Anwar bukan pengurus yang cekap tetapi sesumpah
politik. Tun Mahathir menganggap ucapan
dasar Najib adalah sebagai menjawab segala tohmahan, tuduhan dan fitnah yang
selama ini dilontarkan oleh pembangkang terhadap Umno. Betul ke Tun.
Maka berkatalah Najib "Di sini... di sinilah kita
dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita
membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga,
dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.
Tanjaktinggi menambah, Disini juga kita akan memfitnah
terhadap saudara Islam kita demi mencapai kemenangan dalam pilihan raya
akan datang.
Maka
semasa sesi perbahasan bermulalah gelanggang fitnah dan cemuhan perwakilan
terhadap gabongan pakatan rakyat. Inilah
gelanggangnya.