Hanya
beberapa bulan berbaki mandat Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan
Malaysia dan akan dibubarkan parlimen bagi diadakan pilihan raya ke-13. Ini bagi mendapatkan
mandat baru dari rakyat untuk berkuasa untuk tempoh lima tahun lagi.
Perdana
Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib telah beberapa kali membuat rayuan demi
rayuan terbuka “. . . berilah saya sepenggal lagi” pada rakyat Malaysia. Najib gunakan bahasa yang mudah difahami “I help you,
you help me” atau “I scratch your back, and you scratch mind”. Sejak bernafas dibumi Malaysia belum pernah
kedengaran seorang perdana menterinya membuat rayuan seperti najib lakukan. Kalu adapun itu Tun Mahathir minta rakyat
BERSYUKUR kepada kerajaan BN. Bukan pada Tuhan (macam dia tentukan rezeki). Kebimbangan
Najib juga nampak jelas dikongsi bersama oleh Mahathir akibat dari
kemerosotan sokongan rakyat kepada
BN. Lihat saja kepada kenyataan demi
kenyataan Mahathir memburukkan pembangkang terutama Anwar Ibrahim.
Untuk
terus berkuasa berbagai cara digunakan untuk melemahkan sokongan padu kepada
pakatan rakyat. Berbagai formula
digunakan. Formula nombor satu ialah
gunakan agama, bangsa Melayu dan raja-raja yang memungkin berkesan menjamin
kemenangan BN. Masih terbayang lagi kalau
dulu dalam pilihan raya tidak payah pamirkan gambar calon, setakat lambang
dacing sudah cukup untuk menarik orang mengundi BN. Itu dulu. Rakyat ketika itu
tidak berfikir panjang, terlena dibuai bujukan disebalik rayuan, janji dan penipuan yang hadir setiap lima
tahun. Kini semakin hari semakin jelas
. Satu persatu kemungkaran Umno BN
terlondeh. Kemungkaran isu
Scorpene-Altantuya, NFC-Lembu Kondo, Ampang MRT-George Kent, Skandal Menteri &
Artis, Duit rakyat majlis petunangan anak PM, RM40 juta Musa Aman-Umno Sabah,
Hummer Car-RM3 juta dan berbagai kemungkaran yang panjang untuk disenaraikan.
Inilah
isu-isu yang menjadi kebimbangan yang
tidak dapat dijawab, tak mungkin dijawab dan tidak tidak sempat dijawab,
seterusnya akan menjadi beban bagi melemahkan Umno BN dalam bekempen dalam PRU
Ke-13 akan datang. Umno
BN kini sah mengalami penyakit kronik.
Berjumpa pakar manapun jawapan pakar akan membisikan “minta maaf” tidak
boleh diselamatkan, paling lama pun boleh bertahan dalam tempoh enam bulan
sahaja. Berbalik kepada formula Umno BN
yang mahu kekalkan kuasa. Agama Islam telah digunakan sesuka hati mereka. Chua Soi Lek menghina Islam/Hudud tidak
ditempelak sebaliknya imam muda Umno membela pula kenyataan ustaz Soi Lek. Nurul Izzah yang tidak bermaksud untuk
membawa orang Melayu Islam boleh murtad kerana tiada paksaan dalam beragama
dituduh sedemikian dispin setiap hari. Azan tidak ada lagi jika pakatan rakyat berkuasa. Membenarkan LGBT jika pakatan berkuasa. Cuba tanya mentetri agama berapa jumlah permohonan
murtad yang telah diluluskan?. Inilah
kerja syaitan yang dikenali Utusan dan
Berita Harian anak didik Umno.
Bangsa
Melayu akan kehilangan keistimewaannya jika pakatan rakyat memerintah. Sebenarnya yang hilang keistimewaannya ialah
pemimpin-pemimpin Umno BN yang hilang kuasa.
Kedaulatan raja-raja juga diborong sekali. Tidak ada sistem beraja jika pakatan berkuasa
dan Malaysia akan menjadi sebuah negara republik. Sekarang semua raja-raja
sedang ditarik sama oleh Umno ke dalam politik. Mereka inilah juga yang melondehkan raja-raja dengan mengaibkan raja-raja dan
kerabatnya. AllahuAkbar.
Adakah
formula Umno BN berhasil dan dipercayai rakyat?. Jawabnya tidak. Rakyat marhaen dari berbagai keturunan dan ethnik
sudah celik. Mereka sudah dapat membezakan
serta membuat penilaian. Sekarang pun
mereka telah memasang niat untuk membuat perubahan. Mereka menunggu masa nafas terakhir Umno BN sahaja. Umno
BN sedang berada dalam keadaan tertekan. Mereka
tentu sudah melihat atau diberi laporan akan sambutan Jelajah Merdeka Rakyat
pembangkang. Tidak kira di mana tempat himpunan ini diadakan tetap mendapat
sambutan. Makin hari semakin ramai hadir. Rakyat mahu dengar kelentong
Anwar (itu kata-kata pencacai Umno).
Tindakan turun padang berjumpa rakyat seluruh negara satu tindakan amat
baik. Ini kerana tiada ruang dan peluang untuk mendapat liputan dalam media
perdana.
Sebagai
rakyat yang sedar akan tanggungjawab kepada anak bangsa Malaysia
berhati-hatilah. Pernah kita dengar
Datuk Seri Anwar digelar Petualang.
Sekarang apa yang digelar kepada Anwar ludahnya berbalik ke muka sendiri. Kerajaan Umno BN sedang menjadi PETUALANG menjual kedaulatan negara. Sekarang dalam peringkat menggadaikannya.
Masih
belum terlambat lagi. Kita masih boleh
menyelamatkan negara kita ini.
Bersatulah dan berpesan-pesanlah dengan keluarga, adik-beradik,
saudara-mara, kawan-kawan, rakan taulan, jira-jiran. Kabarkan kepada mereka jangan sekali-kali
takut untuk melakukan perubahan. Kita juga berjihad mencegah kemungkaran dan kezaliman kerajaan kepada satu kebaikan
untuk semua. Najib kata jangan cuba-cuba
berubah tukar kerajaan, alasan yang kita faham jika kita berubah kerajaan
jawatan PM dia tidak pegang lagi, gigit jari.
Kita
lakukan perubahan. Sekiranya kita tidak
bertindak melakukannya SEKARANG maka kita akan menyesal tidak berkesudahan dan
akan disumpah dan dikeji oleh anak cucu kita yang menyalahkan kitalah sebagai
puncanya. Anak cucu kita akan melebelkan
kita sebagai keturunan dan genarasi pengecut yang menyusahkan mereka kelak.
Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment