Sesuatu
benda yang tidak baik atau busuk akan berbau dibawa angin. Maka begitu jugalah
kisah yang sedang diperkatakan iaitu RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Selepas perkara ini menjadi panas, Nazri
Aziz berkata, kertas siasatan SPRM menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang
cuba diseludup ke Malaysia melalui HongKong merupakan sumbangan kepada UMNO
Negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa pula pemimpin PR untuk
merujuk kepada agensi anti-rasuah HongKong sekiranya masih tidak berpuas-hati
mempertikaikan sumbangan tersebut. Perkara ini bermula apabila siasatan (klik)
dilakukan oleh ICAC HongKong dengan menahan ahli perniagaan balak Sabah,
Michael Chia di Hong Kong.
Perdana
Menteri 1Malaysia dalam sidang media minggu lalu, berkata pemberian dana RM40
juta kepada Umno Sabah adalah bertujuan derma politik dan selagi ia disalurkan
dengan cara yang betul ia bukan satu kesalahan. Apalah Najib kalau disalurkan
dengan betul mengapa pula diseludup? Kalau hendak kelentong dan menepis pun biarlah berbaloi.
Satu
perkara yang cukup panas timbul apabila Raja Petra Kamarudin (RPK) pula melalui blog
Malaysia Today mendakwa Nazri dan anak lelakinya Mohamad Nedim menerima RM3
juta dan kereta sport dari Michael Chia. Dalam laporan RPK tersebut mendakwa Chia datang ke Parlimen menyerahkan wang RM3
juta tersebut kepada Nazri. Nazri
kemudian tak cukup langkah telah berpencak, bertaichi menafikan perkara ini.
Hari
ini tembelang pecah, bau busuknya beredar diseluruh negara. Hasil siasatan (klik) yang
dilakukan oleh Sarawak Report dan KEADILAN
maka terbukti bahawa sebuah kereta berharga hampir setengah juta jenis Hummer nombor WNX 9776 di atas nama Michael Chia atau Chia Tien Foh disahkan
dipakai oleh keluarga Nazri berulang alik di Clearwater Residence, Damansara
Height (tempat tinggal Nedim) dan Bangsar Shopping Complex.
Itulah dia Allah SWT Maha mengetahui setiap langkah insannya. Apabila
kita cuba menyembunyikan sesuatu dengan ego maka akan timbul syak. Inilah langkah yang telah dibuat oleh Sarawak
Report dan Keadilan, apa yang dikatakan oleh RPK tersebut adalah benar bukannya satu
fitnah.
Menjelang pilihan raya yang hampir tiba rakyat akan mengekori setiap langkah pemimpin-pemimpin Umno BN yang banyak sangat kemungkaran dilakukan oleh mereka. Makin lama semakin jelas, rakyat dapat melihat cara pemimpin-pemimpin Umno BN melakukan faraid. Mereka kena ingat bahawa mereka sedang diperhatikan dan diekori pergerakan mereka. Maka Nazri bolehlah terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
Menjelang pilihan raya yang hampir tiba rakyat akan mengekori setiap langkah pemimpin-pemimpin Umno BN yang banyak sangat kemungkaran dilakukan oleh mereka. Makin lama semakin jelas, rakyat dapat melihat cara pemimpin-pemimpin Umno BN melakukan faraid. Mereka kena ingat bahawa mereka sedang diperhatikan dan diekori pergerakan mereka. Maka Nazri bolehlah terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment