Pada
27 November Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan
persidangan tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri secara
serentak. Dalam ucapannya tiada satu
pun yang berguna untuk parti Umno
bahkan ucapan beliau adalah menyentuh berhubung dengan parti pakatan rakyat. Disentuhnya
berhubung dengan DAP, PKR dan Pas yang tiada ikatan kerjasama dalam mentadbir
negeri-ngeri yang dimenangi tersebut. Selepas membuat tuduhan-tuduhan
liar Muhyiddin menyeru kepada Wanita, Pemuda,
Puteri turun meredah ke mana saja ceruk rantau teruskan perjuangan semoga
tuhan memberkatinya.
Semalam
28 November berjalanlah persidangan ketiga-tiga sayap tersebut didahului dengan
ucapan dasar ketua sayap masing-masing. Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi
amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno
kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. Itulah lagu ‘favourite’ Umno yang terpaksa
dilagukan setiap kali perhimpunan mereka.
Inilah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dilontarkan
bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Seolah-olah beliau mahu menyatakan jika Umno kalah dan tidak berkuasa
lagi maka Umno juga akan melakukan kekacauan seperti 13 Mei. Shahrizat umpamakan peristiwa 13 Mei seperti
barah dan meminta perwakilan mencari jalan mengatasinya (kenyataan bodoh). Sehubungan
dengan kenyataan beliau ini pihak Pas telah membuat laporan polis terhadap beliau.
Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ucapannya banyak menjurus kepada
puji-pujian ke atas transformasi politik yang dialkukan oleh perdana menteri
1Malaysia, Dato Seri Najib. Khairy menyatakan Umno dan BN adalah parti sebenar
yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah (masuk bakul
angkat sendiri). Pujian terhadap Najib
tersebut ada makna selain untuk mengingatkan “aku ini tak nak diberi jawatan ke?.
Sayap
Puteri juga tidak lari daripada mengutuk pembangkang. Isu Nurul Izzah disebut kembali lalu
dikaitkan bersekali Anwar Ibrahim ‘bapa borek anak rintik”. Beliau menyeru puteri tidak beremosi dalam
menangani fitnah pembangkang berhubung dengan persepsi. Puteri Umno diingat
tidak menggunakan emosi semasa berhadapan dengan serangan pembangkang terutama
politik fitnah, sebaliknya mematahkan serangan itu dengan menggunakan fakta. Gunakan ilmu, kebijaksanaan dan kesabaran.
Hari
ini 29 November tiba pula giliran Najib merasamikan Perhimpuan Agung Umno
2012. Beliau juga akan memasak telinga-telinga perwakilan dan
orang Melayu keseluruhannya berhubung dengan kuasa dan bahaya jika Melayu hilang kuasa. Dijangkakan ucapan dasarnya tidak banyak yang
menyentuh berhubung dengan memperbaiki serta mengembalikan kepercayaan Melayu
untuk menyokong Umno sebaliknya akan digunakan kesempatan yang ada untuk
menghentam pakatan rakyat. Beliau akan
meminta supaya bersetia kepada Umno, korbankan perasaan, tidak sabotaj parti
atau calon-calon pilihan pucuk pimpinan. Akhirnya ‘walaupun tulang berkecai
kita akan pertahankan Putrajaya.
Atau
ikut saya terjun dengan labu-labu.
BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment