IKLAN

Saturday, 3 November 2012

Hidup Di Malaysia Hari-Hari

Blog Ping Tool
Ini nasi yang dikunyah
Ini kopi yang dihirup
Ini gula yang dikacau
Gas yang menghidupkan api 
Tenaga dari janaan IPP
Motor Modenas yang ditunggang
Kereta Proton yang dimiliki
Kereta Honda yang dihutang
Dari Bank Muamalat
Insurannya dari Uni Asia
Pemeriksaan injinnya di Puspakom

Semalam terima Kad jemputan bersetem dari Pos Malaysia
Teringin juga mahu menaiki keretapi rel berkembar
Di KL sudah puas naik MRT

Baru-baru ini ke Johor menaiki kapalterbang turun di Senai Airport
Di Johor dibawa melihat Tanjong Pelepas
Singgah pula di Pelabuhan Pasir Gudang

Hebat perjalanan ini. Tiba-tiba terdengar suara anak saudaraku berkata, ”Pakcik tahu semua yang kita lalui hidup di Malaysia yang tersebut dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.  Teperanjat aku. Ketika itu aku sedang berada dalam koc keretapi Senandung Malam.  Dalam hatiku berkata bila pula Keretapi Tanah Melayu (KTMB) akan difaraidkan.

No comments:

Post a Comment