Dewan
Undangan Negeri (DUN), bagi Negeri Sembilan secara automatiknya telah terbubar pada
tengah malam Rabu 27 Mac 2013. Pada 27 Mac, 2008 seramai
36 ahli DUN (ADUN) mengangkat sumpah selepas Barisan Nasional
(BN) berjaya mempertahankan Negeri Sembilan sebagai negeri di bawah
kekuasaannya.
Selepas
daripada ini satu persatu DUN negeri-negeri akan secara automatik terbubar umpama ‘domino’
selagi parlimen Malaysia tidak dibubarkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia,
Datuk Seri Najib. Nampaknya parlimen Malaysia
juga tidak akan dibubarkan oleh Najib, beliau juga berkemungkinan akan
membiarkan mandat 5 tahun hingga santak
ke dinding dan secara automatiknya juga terbubar pada akhir April 2013 ini.
Sehingga
kini ramai yang beremosi dan berbagai gelaran dan panggilan diberikan kepada
Najib. Ada mengatakan Najib tidak yakin
prestasi Barisan Nasional (BN), ada yang mengatakan sesuatu akan dilakukan oleh
BN dan yang tak sedap didengar ada yang menggelarkan Najib tak ada ‘telur’ atau
penakut.
Kita
tidak tahu apakah muslihat Najib melakukan demikian. Banyak perkara dan perancangan tidak dapat
dilakukan terutama kepada usahawan-usahawan, penggemar kepada pelancungan yang terganggu
dari segi membuat tempahan tikit penerbangan dan sebagainya. Mereka berharap sangat untuk mengetahui pengumuman
tarikh pilihan raya agar perancangan mereka dapat dilaksanakan.
Pihak
pakatan rakyat tidak risau sangat berhubung perkara ini. Mereka sudah lama bersedia hanya menunggu
tarikh pilihan raya sahaja. Sehari dua
ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Barisan Nasional telah mula menaikkan sepanduk dan
poster-poster besar berlatarbelakang gambar Najib dengan transformasinya serta
pondok-pondok gerakan yang diperbuat daripada kontena didirikan. Tanda pembubaran
parlimen sudah pasti tidak lama lagi.
Walau
bagaimanapun sama-sama kita tunggu.
Tidak payahlah cuba-cuba meramalkan apa-apa tarikh sebab Najib sekarang sedang menjadi
ketua angkatan perang tanpa askar. Kita
tunggu.
No comments:
Post a Comment