Perkara
yang ditakuti dalam sesuatu pilihan raya ialah apabila ahli-ahli sendiri
melakukan protes dengan cara halus iaitu khianat dan sabotaj dalam senyap, boleh diumpamakan seperti
api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.
Jika dihalusi banyak penyebabnya khianat dan sabotaj ini berlaku. Antaranya
-
-
-
- - |
Marah kerana tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya oleh pucuk
pimpinan parti,
Tidak puas hati, mereka telah bergiat sebagai ketua bahagian atau
ketua cawangan begitu lama dengan setia tanpa berbelah bagi, apabila sampai masa calon lain dari
luar kawasan pula dipilih,
Ahli tidak puas hati terhadap calon yang dipilih, bukan kehendak dan persetujuan akar umbi,
perlantikan calon boleh menang bukan satu alasan,
Berjanji kepada bakal calon dikatakan akan dicalonkan tetapi bila sampai
masanya tidak terpilih, dan
Bahagian tidak bersetuju diletakkan calon dari parti komponen yang kalah sebelum ini masih dicalonkan.
|
Itulah
antara penyebab khianat atau sabotaj berlaku. Banyak dan tindakan sabotaj dilakukan. Sabotaj boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu
terutama orang yang tidak terpilih atau dilakukan oleh ahli-ahli setempat yang tidak puas hati di atas pemilihan calon-calon oleh pucuk pimpinan.
Langkah yang diambil mensabotaj ialah menutup bilik gerakan, tidak memasang poster
calon-calon bertanding, memberi sokongan kepada calon lawan, tidak turun berkempen
untuk calon yang dipilih, tidak memberi undi
kepada calon pilihan atau tidak keluar mengundi.
Khianat atau sabotaj adalah suatu perbuatan tidak baik terhadap sesebuah parti dalam
pilihan raya. Implikasinya ialah kekalahan kepada calon yang disabotaj
tersebut. Sekiranya calon tersebut
mendapat sokongan juga berkemungkinan kemenangannya tipis. Biasanya puak-puak Umno tidak memperdulikan apa yang disuarakan oleh Datuk Seri Najib supaya berkorban perasaan, beri laluan, serta fikirkan kemenangan untuk parti. Di hadapan Najib mereka angguk, belakang Najib
lain yang terjadi.
Sebab itulah sehingga
kini Umno BN tidak sanggup untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan
raya. Masalah utama ialah pemilihan
calon terutama calon-calon boleh menang. Saya percaya sabotaj akan berlaku lagi dalam pilihan raya
ke-13 yang akan datang terhadap calon Umno dan Barisan Nasional dilakukan oleh ahli-ahli sendiri yang tidak puas hati terhadap
calon-calon yang dipilih. Oleh itu sama-sama kita tunggu perkembangan ini.
Umno BN akan menghadapi tentangan dari penyokong gabongan parti Pakatan Rakyat, juga rakyat yang mahukan perubahan dan ahli-ahli mereka sendiri. Biarlah Umno BN terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
Umno BN akan menghadapi tentangan dari penyokong gabongan parti Pakatan Rakyat, juga rakyat yang mahukan perubahan dan ahli-ahli mereka sendiri. Biarlah Umno BN terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment