Timbalan Presiden Umno BN,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran ramai di ceramah pakatan rakyat tidak bermakna mereka menyokong pakatan
rakyat. Beliau dengar
ramai orang datang untuk menyaksikan ceramah pemimpin pembangkang Anwar
Ibrahim, mereka hanya mahu melihat sahaja sama ada mereka menyokong atau tidak,
tidak diketahui.
Muhyiddin berkata majlis BN juga pernah mendapat sambutan 30,000
hingga ke 50,000 orang. Itu betullah Muhyiddin, kalau datang disediakan bas dan
diberi T-Shirt dan dicampakkan kampit beras dari atas lori untuk mereka berebut-rebut
mengambilnya, penuhlah majlis. Akhirnya bukan datang hendak dengar ceramah tapi
hendak tunggu kampit beras.
Itulah dia seorang bekas
perdana menteri yang juga seorang penipu kerana hendak menyedapkan hati beliau sendiri beliau
mengeluarkan perkataan tersebut. Sebagai
mengulas kata-kata Muhyiddin tersebut Anwar Ibrahim berkata “inilah sikap
Timbalan Perdana Menteri Umno yang tidak dapat menerima kehendak rakyat,
mementingkan diri sendiri. Bercakap
tanpa berfikir. Apa yang hendak diberitahu ialah, kehadiran yang kecil
MENYOKONG, kehadiran ramai tidak menyokong. Bolehlah beliau tanya kanak-kanak dan dapat jawapannya”.
Diakhir-akhir menjelang pilihan raya ke-13, hampir semua pentas kempen pakatan rakyat disambut tidak kurang daripada 10,000 pada satu-satu masa. Datang dengan rela hati tidak mengira cuaca panas atau hujan. Mengapa perlu mereka membuang masa untuk melihat sahaja. Sudah tentu mereka mahu mendengar dan juga bersama-sama pakatan rakyat UBAH dan INI KALILAH.
Biarlah Muhyiddin terjun dengan labu-labunya.
No comments:
Post a Comment