Akhirnya
di hari bersejarah ini 3 April 2013 Perdana
Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen
Malaysia bagi membolehkan pilihan raya Ke-13 di adakan dalam tempoh 60 hari. Beliau
membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap
Yang di-Pertuan Agong.
Dari gerak tubuh Najib dapat dilihat bahawa semasa beliau membuat pengumuman tersebut fikirannya nampak sngat bercelaru sehinggakan beliau menyebut tahun 2012 dan bukan 2013, “ ..supaya Parlimen Ke 12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April, 2012” (ikuti klip video).
Maka
bersyukur kita kepada Allah SWT kerana pengumuman penting ini telah dibuat oleh
Najib yang ditunggu begitu lama oleh rakyat
Malaysia dan parti-parti politik. Setelah pemgumuman ini kita harus bertenang
dan bersabar menunggu pula pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
tarikh-tarikh penamaan calon dan seterusnya tarikh pilihan raya Ke-13.
Pilihan
raya ini adalah merupakah hidup dan matinya parti Umno dan Barisan
Nasional. Ini diakui sendiri oleh
pemimpin-pemimpin besar Umno.
Sama-samalah kita tunggu samada apa yang ditakuti oleh pemimpin-pemimpin
Umno tersebut menjadi kenyataan atau hanya untuk memujuk perasaan. TUNGGU.
No comments:
Post a Comment