Maka
bersuaralah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agong Umno bahawa beliau
yakin dua pertiga pengundi Putrajaya menolak calon pakatan rakyat (PAS) Datuk
Husam Musa yang akan bertanding di Putrajaya pada pilihan raya umum 5 Mei 2013
akan datang.
Tengku
Adnan adalah penyandang bagi kerusi Putrajaya.
Beliau memenangi dalam pilihan raya ke 12 pada 2008 berlawan dengan
calon PAS, Mohamad Noor Bin Mohamad dengan mendapat undi 4038 sementara PAS
mendapat 1304 undi. Inilah pertama kali
Putrajaya dimasukkan sebagai satu kerusi parlimen dalam pilihan raya 2008.
Kita
tidak tahu berdasarkan kepada sumber manakah Tengku Adnan dapat membuat
kesimpulan bahawa Husam akan ditolak oleh dua pertiga pengundi Putrajaya. Tengku Adnan menganggap beliau adalah dikenali oleh penududk tempatan dan telah berada di kawasan tersebut sejak 1990 lagi. Bagi tanjaktinggi, Tengku Adnan kena faham, senario
2008 adalah berbeza dengan keadaan sekarang. Perubahan yang dikehandaki
rakyat bukanlah hanya kawasan tertentu tetapi menyeluruh. Pegawai kerajaan di kawasan mengundi
Putrajaya pada 2008 tidak begitu sensitif apakah yang dikehandaki oleh
rakyat. Kini mereka benar-benar sedar bahawa mereka
juga harus mengikut kehendak keluarga mereka, kerabat mereka, karia mereka yang mahukan
perubahan. Mereka (pegawai kerajaan) yang berada di dalam
pentadbiran negara telah dapat melihat bagaimana harta dari khazanah negara dirompak dan di
belanjakan sesuka hati oleh kerajaan Najib. Apakah penyelesaiannya tidak lain
dan tidak bukan adalah mengubah kerajaan. Kerajaan yang ada sekarang harus ditukar.
Pada
2008 pegawai kerajaan di Putrajaya adalah pegawai-pegawai yang penakut dan
bebal. Mengapa saya kata demikian?. Selepas keputusan pilihan raya 2008, saya ada
bertanya beberapa orang pegawai kerajaan mengapakah diberi kemenangan kepada
Tengku Adnan?. Ada yang menjawab begitu tidak bijak, mereka takut akan dihalau
keluar dari kuarters Putrajaya. Inilah yang dimaksudkan sebagai bebal. Kini
mereka mahukan perubahan itu.
Kita tidak tahu untuk pilihan raya kali ini
adakah Tengku Adnan akan dicalonkan atau digugurkan. Adakah beliau masih di Putrajaya atau dengan
kedatangan Husam Musa beliau akan mencari talian hayat bertukar tempat. Kita tunggu dan lihat apabila Najib
mengumumkan calon-calon Barisan Nasional kelak.
No comments:
Post a Comment