Parlimen
telah pun dibubarkan oleh perdana menteri
1Malaysia, Datuk Seri Najib pada 3 April, 2013. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah
menetapkan tarikh penamaan calon iaitu
pada 20 April dan tarikh pengundian pada
5 Mei 2013. Pada 30 April ialah
tarikh pengundian awal.
Seramai
13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini dengan
menggunapakai daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012,
daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012
dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012. Pilihan raya umum ke 13, 2013 membabitkan
222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). (klik)
Bagi
pakatan rakyat pembubaran parlimen amat ditunggu-tunggu dan ianya umpama
penambah semangat bagi menggembeleng tenaga menggerakkan jentera ketiga-tiga
parti komponen PKR, PAS dan DAP untuk memperolehi kemenangan untuk rakyat ke
Putrajaya.
Mengambil
kira kepada sambutan kepada cerama-ceramah yang diadakan, ianya bukanlah
sambutan hanya sekadar untuk mendengar kelentong kosong (itu kata pencacai dan
pemimpin Umno) pemimpin-pemimpin pakatan rakyat tetapi mereka benar-benar
inginkan perubahan untuk generasi akan datang.
Mereka akan menunjukkan kehadiran ramai di ceramah pakatan rakyat akan
diterjemahkan dalam bentuk undi.
Najib,
Muhyiddin dan Mahathir tidak sudah-sudah melaungkan ‘jangan berekspirimen
menukar kerajaaan, belum tentu kerajaan yang baru memberi kebaikan”. Kemudian Hassan Ali pula berfatwa “Wajib
mengundi BN”. Inilah racun yang ditabur oleh pemimpin-pemimpin Umno bagi
menakut-nakutkan orang Malayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa mereka. Apa yang menyedihkan pemimpin-pemimpin Umno
menuntut ucapan ‘terima kasih’ diberikan kepada mereka. Ini yang peliknya,
sepatutnya merekalah yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana memilih
mereka (tidak tahu diuntung). Kita lihat
sahaja gelagat bapak syaitan yang dikenali, Tun Mahathir yang akhir-akhir ini
telah berikrar berkempen untuk Umno Barisan Nasional. Kita faham kempen Mahathir lebih kepada
agenda untuk menaikkan anaknya Mukhriz yang disebut-sebut sebagai calon Menteri
Besar, Kedah. Kesian Mahathir, kerana hendak menarik perhatian Najib maka
dicadangkan supaya buku Biografi Rosmah diedarkan ke sekolah-sekolah.
Pakatan
rakyat benar-benar sudah bersedia.
Sehingga kini senarai calon-calon bagi ketiga-tiga parti gabungan telah
diisytiharkan oleh pemimpin-pemimpin parti. Bagi Barisan Nasional pula belum
satu pun nama-nama calon diumumkan.
Najib menghadapi masalah untuk mengumumkan senarai calon lebih-lebih
lagi calon-calon yang akan dipilih
adalah calon boleh menang yang akan menolak ke tepi ketua-ketua Bahagian dan
Cawangan yang telah lama bersetia dengan membawa masuk pakar akedemi, tenaga
profesional dan ketua-ketua masyarakat. Sebab itu Najib kata “merajuk biarlah
dalam tempoh 24 jam saja kepada yang tidak tersenarai sebagai calon”. Inilah bom jangka bagi Najib, apabila senarai calon diumumkan maka akan kedengaran
suara-suara ketidakpuasan. Impilkasinya
khianat atau sabotaj akan mengambil tempat seterusnya akan mengakibatkan
jentera pilihan raya dan bilik gerakan akan menjadi malap dan terus bergelap
tidak berapi. Tunggu dan lihat.
Ramalan-ramalan
kerusi yang dimenangi oleh pakatan tidak disenangi oleh Umno BN. Lim Kit Siang meramalkan 7 negeri akan jatuh
kepada pakatan rakyat sementara Dr Hatta Ramli pula meramalkan 9 buah
negeri. Semalam Tan Sri Khalid Ibrahim
menyatakan bahawa pakatan rakyat akan memenangi 215 kerusi parlimen. Menurut
Khalid angka ini diperolehi dari kajian badan yang tidak berkepentingan. Ini yang membuatkan Umno BN bertambah-tambah
marah.
Walau apa pun kepada yang ingin
membuat perubahan dan telah bertekad untuk melakukannya, janganlah
berganjak daripada keputusan yang telah
dibuat. Kepalkanlah keputusan tersebut pada hari pengundian pada 30 April dan
juga 5 Mei 2013. Mari sama-sama berubah.
Belum cuba belum tahu. Ini bukan ekspirimen.
Barisan Nasional telah diberi 55 tahun mentadbir negara Malaysia dan kini
tanpa rasa malu Najib mahu minta diberi peluang sekali lagi. Pedulikan.
No comments:
Post a Comment