Selepas
penamaan calon pada Sabtu 20 April, 2103 dapatlah kita melihat calon-calon yang
dikemukakan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib. Seramai 222 calon Parlimen dan 555 calon
Dewan Undang Negeri-negeri telah dicalonkan dan menurut Najib itulah calon-calon
boleh menang (winnable candidate) bagi Barisan
Nasional.
Selain
daripada itu selepas tamatnya majlis pencalonan didapati seramai 25 calon
Barisan Nasional telah mendaftarkan diri
masing-masing sebagai calon bebas yang sama-sama mengambil bahagian menentang Barisan
Nasional. Calon bebas tersebut 22 adalah
dari Umno, 2 dari Gerakan dan 1 dari MCA. Bagi Umno menjadi calon bebas adalah
satu pengkhianat kepada parti.
Menurut
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin mereka yang menjadi calon bebas akan
diambil tindakan dipecat daripada parti pada hari Isnin 22 April, 2013. Lebih memeranjatkan lagi ialah langkah yang diambil oleh Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang mengisytiharkan
dirinya meletak jawatan yang dipegang dalam Umno serta keluar dari menjadi ahli Umno dan beliau bertanding
sebagai calon bebas bagi Parlimen Kuala Kangsar. Bagi pakatan rakyat pula terdapat 6 orang
calon bebas juga akan diambil tindakan oleh parti masing-masing.
Kita
juga menunggu keputusan pilihan raya bagi calon-calon yang dikemukakan oleh Najib sebagai calon boleh menang.
Pertanyaannya CALON BOLEH KE MENANG.
Tan Sri
Muhyiddin telah mendahului SPR dengan mengisytiharkan calon BN Senggarang
menang tanpa bertanding, permulaan yang baik.
Penipu dan bodoh sungguh. Boleh ke orang sebegini menjadi Perdana Menteri Malaysia?
No comments:
Post a Comment