Bekas
tentera diseluruh negara telah memberikan jaminan akan membantu
Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13). Jaminan tersebut dinyatakan dalam Himpunan Kebangkitan Tentera
di Padang Awam AU2 Keramat malam tadi yang disertai wakil Sekretariat Kebajikan
Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) dari seluruh negara (klik).
Rata-rata
mereka adalah mewakili Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera
Malaysia (Kerabat) dari seluruh negara. Ada diantara mereka masih lagi bertugas
telah meminta tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan
parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera. Mereka menyatakan Umno BN tidak pernah
menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera
untuk mengekalkan kuasa mereka.
Pengerusi
Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh menyatakan "Saya yakin hidup dan mati
di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan
kira-kira dua ribu hadirin. Sementara itu Pengerusi Kerabat Kedah, Kapten Zamri
Ahmad pula berkata pula berkata, bekas tentera mahu menumbangkan Umno BN, bukan
menumbangkan kerajaan seperti yang didakwa pihak tertentu.
Dalam
himpunan tersebut turut berucap ialah bekas Jeneral, Laksamana Pertama (B)
Imran Abdul Hamid, Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar,
Pengerusi-pengerusi Kerabat Sabah, Perak, Kelantan, Melaka dan Wilayah
Persekutuan selain aktivis R, Jeming Hassan dan Presiden Gamis, Muhamad Azan
Safar’
Manakala pimpinan yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman, Adun Kemahang, Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman dan Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.
Inilah
yang membuat perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib bertambah pening
kepala. Semakin Najib melambat-lambatkan
pilihan raya, berbagai ‘bala’ yang bakal mendatang secara bertimpa-timpa. Deepak telah memulakan tindakan untuk menyaman
terhadap Najib, hari ini (Ahad 24/02/2013) dikhabarkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam akan pulang ke Malaysia. Beliau akan menetap di sini disamping akan membantu Pakatan
Rakyat berkempen dalam pilihan raya akan datang.
Jika
benar apa yang dihajati oleh Kerabat itu disambut oleh anggotanya yang bersara
juga anggota tentera yang bertugas, Najib boleh mula mengemas pejabatnya dari
sekarang.
No comments:
Post a Comment