Dua
berita yang menggemparkan berlaku minggu ini iaitu Pertama: Isteri Disuruh Solat
Tetak Suami dan Kedua: isteri memotong kemaluan suami.
Kejadian
pertama berlaku di Hulu Klang, Ampang, Selangor dimana seorang isteri telah
menetak suaminya hanya kerana disuruh bersolat Zuhur. Menurut suami berumur 49 tahun ini, isterinya
30 tahun adalah seorang yang panas
baran. Dikatakan sejak setahun isterinya
selalu mendera beliau. Kejadian berlaku apabila suami pulang ke rumah dari
berniaga telah menyuruh isterinya embahyang Zuhur. Isterinya naik berang sehingga menyebabkan
pertengkaran. Isterinya telah pergi ke
dapur dan mengambil pisau pemotong daging lalu menetak suaminya beberapa kali
di kepala dan badan. Suaminya hanya
menahan dengan tangannya sahaja dan berlari keluar untuk menyelamatkan diri.
Akibat
daripada perbuatan isterinya itu mangsa menerima 20 jahitan di kepala dan
badan. Suami telah membuat laporan polis Taman Melawati. Isterinya telah menghilangkan diri.
Apa
sebenarnya yang berlaku kepada sang isteri ini.
Nampaknya syaitan telah menguasai dirinya sehinggakan tidak dapat
ditenangkan oleh suaminya. Suami hanya mengingatkan supaya bersolat sahaja
telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat.
AllahuAkbar (klik) .
Kejadian
kedua berlaku di di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, Jawa
Tiimur, Indonesia lebih dahsyat lagi. Seorang
isteri yang curiga dan cemburu yang mengsyaki suaminya curang telah mengambil
tindakan memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur.
Isteri
yang cemburu tersebut telah bangun jam 4 pagi ketika suaminya sedang nyeyak
tidur dalam bilik. Isterinya telah ke
dapur mengambil sebilah pisau dan kembali ke bilik lalu memotong kemaluan
suaminya.
Akibat
daripada perbuatan tersebut isteri mangsa telah ditahan dan suaminya telah
menjalani di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep (klik).
No comments:
Post a Comment