Hari
ini 17 Februari, 2013 satu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina akan diadakan
oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan
Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Bangi. Datuk Seri Najib
telah dijemput ke majlis tersebut. Memandangkan gabungan itu tidak mahu dilihat sebagai ‘partisan’ maka
jemputan telah diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan parti
pembangkang yang lain. Presidennya, Dr Yap Sin Tian berkata “selain Najib, Dong Zong
turut menjemput ahli politik dari kedua-dua belah pihak untuk menghadiri majlis
tersebut, dengan harapan mereka akan memahaminya, dan dengan itu menyelesaikan
masalah asas yang dihadapi oleh sekolah Cina”. Najib telah mengesahkan
kehadirannya dalam satu surat JPM dihantar kepada Dong Zong. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah
mengesahkan bahawa beliau akan hadir dan tiada masalah bagi beliau jika
bertembung dengan Najib kerana beliau tidak berdendam dengan Najib.
Hari
ini kita ingin lihat suasana di majlis ini adakah Najib bersama Rosmah akan hadir
atau hanya Najib berseorangan atau adakah Anwar benar-benar akan hadir. Kita juga ingin lihat bagaimana majlis ini
akan diatur oleh Dong Zong bagi menampakkan ‘bebas’ tanpa ada sebarang kaitan
politik. Adakah Najib akan
dibenarkan naik ke pentas membuat ucapan dan mengambil kesempatan melaungkan
perkataan yang sama semasa CNY di Penang ‘Are you ready for BN’.
Sekiranya
Dong Zong mahu dilihat majlis mereka bebas dari politik mereka tidak harus
membenarkan Najib memberi ucapan.
Mungkin ada diantara AJK mereka mahu mendengar Najib melaungkan
janji-janjinya untuk ditepati berhubungh dengan isu sekolah Cina. Kalau itu lebih penting tidak perlulah
menjemput pemimpin parti pembangkang hadir sama dalam majlis tersebut.
Oleh
itu sama-samalah kita tunggu cerita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment