Dulu heboh satu negara bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad
Sabu adalah penyokong pejuangan komunis (klik). Apa yang jelas dinyatakan dalam mahkamah, beliau
menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penjajah sebelum
negara mencapai kemerdekaan. Tetapi beliau tidak menyokong pergerakan tersebut selepas negara
merdeka.“Dari segi ideologi, saya tidak menyokong dari mula lagi,” katanya
dipetik dari The Star Online dalam kes beliau menyaman Utusan Melayu serta ketua pengarang
kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.
Perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib dalam kesibukan pengundi Cina untuk menyabut tahun baru, demi untuk
mengambil hati pengundi-pengundi Cina telah menghantar kad ucapan Tahun Baru
Cina (CNY) ditandatangani oleh Najib sendiri di Selangor (klik) .
Bukan itu saja Najib telah melampirkan bersama dengan paket ang pau dan satu petikan kata-kata
bekas pemimpin parti komunis China, Deng Xiaoping tentang reformasi, "menyeberangi
sungai sambil menyentuh batu".
Inilah perangai orang yang ‘desprate’ akan melakukan apa saja
yang terlintas di hatinya. Mat Sabu
dihina teruk sebagai penderhaka dan penyokong ideologi komunis. KIni apa yang dilakukan oleh Najib juga satu penghinaan kerana Najib juga boleh dianggap penyokong komunis kerana idola beliau terhadap Deng Xiaoping dengan meminjam kata-kata pemimpin
parti komunis China tersebut. Tak gitu?. Buatlah apa yang patut Najib.
No comments:
Post a Comment