Satu
undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara,
Satu
undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam, dan
Satu
undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam.
Itulah
fatwa yang dikeluarkan oleh ulama Najib untuk memburuk-burukan ketiga-tiga
parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat, PKR, PAS dan DAP. Inilah modal
Najib yang diulang-ulang di majlis-majlis Umno BN bagi menakut-nakutkan orang
Melayu jika memilih pakatan rakyat menggantikan Barisan Nasional. Lebih teruk lagi apabila Najib menuduh parti
DAP menindas agama Islam (klik).
Najib
juga menuduh PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup melutut kepada DAP
yang jelas memperlekehkan Islam. Beliau
mempertikaikan lawatan Menteri Besar
Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh
semasa sambutan hari jadi Karpal yang terang-terangan menentang Islam.
Sebelum mengata Nik Aziz, Najib kena cermin
diri beliau sendiri, hanya kerana ugutan
Imam Chua Soi Lek MCA akan keluar dari BN jika Hudud dilaksanakan, Najib terus membuat kenyataan bahawa Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di
Malaysia.
Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara rasminya telah menjawab tuduhan Najib
yang mengatakan DAP menindas Islam (Sila Klik).
Lim tanpa berselindung telah menyatakan bahawa Najib tidak layak menjadi
Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen
ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.
Lim
mahu Najib memberikan bukti terhadap
tuduhan liar tersebut. Menurut Lim kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun
memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam
berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir
RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7
tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian
Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal,
mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama
Rakyat (SAR) yang tidak dibuat langsung sebelum ini. Lim menambah bagaimana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini
untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini
oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?.
Apa
yang diperjelaskan oleh Lim tersebut bukannya kenyataan kosong. Tindakan Lim
yang memberikan peruntukan yang besar kepada urusan agama Islam sangat
dicemburu oleh Barisan Nasional.
Tindakan Lim ini telah menambahkan lagi sokongan rakyat Pulau Pinang
kepada gaya pentadbiran Lim Guan Eng.
Tindakan baik Lim kerap di sabotaj oleh puak-puak mamak Penang. Orang
Melayu faham mereka tidak termakan hasutan-hasutan jahat oleh puak-puak Umno,
mereka tetap menyokong Lim Guan Eng.
Sebab itulah Najib cuba menabur racun ke minda rakyat terhadap DAP.
Buatlah
apa yang patut Najib. Sekarang ini pun untuk membubarkan parlimen pun sudah letih,
ke sana ke mari pun sudah letih, jangan sampai terlalu letih nanti 'piyap'.
No comments:
Post a Comment