Dua
isu minggu ini yang nyata membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad. Isu Pertama Tun berkata Bahaya Jika Media Alternatif Tidak Dikawal dan
Kedua Peneroka Jangan Gigit Tangan Kerajaan.
Bahaya:
Jika Media Alternatif Tidak Dikawal
Tun
Mahathir sangat bimbang sehinggakan beliau umpama mahu kerajaan mengawal media alternatif kerana media tersebut dianggap sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang
kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan
kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi
kandungannya.
Mahathir
berkata media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi
yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya.
Mahathir memberi contoh klip video yang
telah diubah, dimuat naik dalam YouTube terutama klip video yang menunjukkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang
baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk BN, yang seolah-oleh dijawab
dengan perkataan ‘Tidak’. Harap Tun lihat betul-betul rakaman tersebut. Najib yang syok sendiri masih ulang tanya
sebanyak dua kali walaupun mereka sudah menjawab ‘NO’ for BN.
Mahathir
kena layari blog-blog pro Umno BN jika mahu mengetahui blog-blog ini menyiarkan
perkara-perkara benar atau pembohongan.
Di sinilah lombong fitnah yang dibayar untuk mengeluarkan berita apa
sahaja bagi memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin parti gabungan pakatan rakyat,
DAP, PAS dan PKR. Selepas itu bolehlah
Tun melayari blog-blog pro-pakatan rakyat dan lihat kandungannya tidak lain
adalah untuk memberi maklumat kepada rakyat akan kemungkaran-kemungkaran yang
dilakukan oleh Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpinnya
termasuklah Tun sendiri.
Nampaknya
Tun sudah merasakan bahang pemberitaan dari media alternatif terutama dari
blog-blog pembangkang. Apa yang dilaporkan
oleh blog-blog ini adalah pemberitaan yang benar berdasarkan fakta dan bukannya
fitnah atau direka selain daripada satu kenyataan yang benar.
Usah
salahkan media alternatif. Tun sendiri
telah mencelikkan rakyat daripada kongkongan minda yang dilakukan oleh UMNO
apabila Tun berjaya membawa Information Technology (IT) ‘internet’ untuk
Malaysia. Rakyat sudah buang jauh-jauh slogan ‘hanya Umno yang boleh membela
nasib Melayu’ atau ‘hanya Barisan Nasional yang boleh memerintah’. Terima Kasih
Tun.
Peneroka Jangan Gigit Tangan Kerajaan
Tun
Mahathir mengingatkan peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan yang menganjurkan
skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan tidak menggigit tangan yang
membantu mereka. Itulah kata-kata
Mahathir di hadapan lebih kurang 3,000
orang warga peneroka pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun
Mahathir Mohamad' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Mahathir
juga menyatakan "Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita,
tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu? "Kita manusia tak buat macam itu, haiwan
lainlah,"
Dalam
perjumpaan ini Mahathir sebenarnya berkempen untuk Barisan Nasional termasuklah
berkempen untuk anaknya Mukhriz walaupun tidak disebut namanya. Mahathir berkata golongan peneroka perlu
berterima kasih dan membalas budi
kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat matabat peneroka.
Mahathir
tanpa segan silu telah menyatakan bahawa apabila peneroka tahu bersyukur dan
tahu berterima kasih, kalau ada yang bertanding (pilihan raya umum) beliau
minta bagi undi. Mahathir juga menyeru warga Felda agar membalas budi pihak
yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan
raya umum akan datang. Mahathir faham selama ini sokongan peneroka Felda terhadap Barisan Nasional yang membolehkan mereka
meneruskan kuasa. Dilaporkan hampir 25 kerusi parlimen datangnya dari gugusan Felda.
Kita
ingin lihat adakah warga peneroka Felda selepas tahun 2008 adalah peneroka yang
terbuka mindanya untuk membuat perubahan?. Adakah mereka akan
mendengar kata-kata Mahathir supaya membalas budi, berterima kasih dan besyukur
dan memberi undi kepada calon-calon Barisan Nasional yang bertanding dalam pilihan raya ke-13 akan
datang. Warga peneroka Felda juga ada tanggunjawabnya terhadap negara
Malaysia. Kita tidak fikir mereka
sanggup menerima bulat-bulat saranan Mahathir tersebut.
Mereka
(peneroka) juga tahu Mahathir juga sedang mencari pelampong untuk berpaut bagi menyelamatkan
harta, keluarganya dan nasibnya sendiri yang belum pasti.
In
syaa Allah sama-sama kita ikuti episod seterusnya.
No comments:
Post a Comment