Datuk Seri Najib terharu dengan sambutan rakyat dalam
majlis sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang diadakan di Puchong Utama pada 16
Feb 2013. Sinar Harian melaporkan
seramai 40,000 hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Najib
turut menyatakan bahawa sambutan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional
(BN) masih kuat ekoran reaksi yang diberikan rakyat ketika bersalaman dengannya,
ada yang menarik tangan beliau. Najib
yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, tahun ular air yang disambut kaum
Tionghoa tahun ini akan membawa kemajuan kepada negara.
Hari
ini selepas dua hari Najib berada di Puchong, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP Highway) di
hadapan IOI Mall telah mengalami banjir kilat yang tidak pernah di alami oleh
penduduk di sini. Jalan raya bagaikan
sebatang sungai dan airnya melimpah masuk ke komplek beli-belah Jusco. Ini hanya satu kebetulan. Hanya Tuhan saja yang mengetahui.
No comments:
Post a Comment