Itulah rata-rata sumpah dan seranah orang yang sungguh marah
terhadap sebuah rencana tulisan Naib
presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di media perdana yang menyeru
golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan
negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut
kaedah yang digemari (klik).
Itulah sikap orang-orang Umno daripada ahli-ahli akar umbi hingga kepada pemimpin-pemimpinnya, jika ada yang tidak sehaluan dengan mereka kenyataan sebeginilah yang selalu keluar daripada mulut busuk mereka sebagaimana yang diungkapkan oleh Zahid atau uangkapan melucutkan kerakyatan seseorang.
Itulah sikap orang-orang Umno daripada ahli-ahli akar umbi hingga kepada pemimpin-pemimpinnya, jika ada yang tidak sehaluan dengan mereka kenyataan sebeginilah yang selalu keluar daripada mulut busuk mereka sebagaimana yang diungkapkan oleh Zahid atau uangkapan melucutkan kerakyatan seseorang.
Ahmad
Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang mendapat
lebih sedikit kuasa telah mula menunjukkan belang sehinggakan mahu menghalau rakyat Malaysia 5.62 juta yang
tidak menyokong kepada Barisan Nasional pada pilihan raya ke-13 yang lalu. Ahmad Zahid saja mahu melakukan provokasi dan
mempermainkan perasaan rakyat Malaysia. Rencana beliau sebenarnya khusus ditujukan
kepada parti pembangkang iaitu golongan pengikut parti politik yang berpakaian
serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13. Lihat apa yang dinyatakan oleh beliau “Pemimpin-pemimpin parti pembangkang
khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut
yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap
keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.”
Ahmad
Zahid perlu mencari puncanya mengapakah mereka melakukan protes? Jangan buat-buat tak faham atau tak nampak apa
yang berlaku pada hari pembuangan undi samada pada 30 April atau 4 Mei
2013. Banyak persoalan yang harus dijawab
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, bukan kerana kekalahan parti pakatan rakyat
tetapi cara mereka dikalahkan. Sementara
menunggu keputusan pilihan raya diwartakan yang membolehkan petisyen dibuat
dalam tempoh 21 hari, rakyat harus dimaklumkan tentang kecurangan-kecurangan
yang berlaku.
Janganlah
memperbodohkan rakyat Malaysia, mereka faham bahawa kemenangan sesuatu pilihan
raya di Malaysia adalah berdasarkan kepada kemenangan kerusi yang dipertandingkan bukannya berdasarkan kepada undi popular. Wujudnya undi popular sebenarnya adalah untuk
membandingkan parti manakah yang mendapat pengundian terbanyak. Itu saja. Tidak timbul undi popular sebagai
satu kemenangan.
Zahid
jangan sewenang-wenang untuk mencadangkan bahawa rakyat yang tidak bersetuju dengan keputusan
pilihan raya ke-13 supaya mencari negara lain.
Negara ini bukan “mak bapak” Zahid yang punya. Bumi Malaysia adalah hak
Allah SWT. Semua kita ini
menumpang. Rakyat Malaysia tanpa mengira
keturunan Cina, India, Melayu dan lain-lain adalah warganegara cintakan Malaysia. Mereka tidak mahu negara ini digadai oleh
pemimpin-pemimpin yang korup, menyalahguna kuasa, tidak amanah, mendahulukan
kroni daripada rakyat sendiri, sebab itulah mereka menentang keputusan pilihan
raya ke-13 kerana dari pemantaun mereka pilihan raya ke-13 adalah satu pilihan
raya yang keji kerana untuk mengekalkan kuasa Barisan Nasional. Jika pilihan raya ke-13 dikendalikan dengan
adil dan bersih, tidak mungkin timbul penentangan. Rakyat juga tidak akan membuang masa dan
tenaga menunjukkan ketidapuasan hati mereka.
Dipeturunkan
sedikit berhubung dengan tulisan Dr Asri (Dr Maza) yang memperincikan mengenai politik,
watan dan patriotisma seperti berikut:
Tiada
pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam
watannya atas nama semangat patriotism. Tiada
siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia
tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya.
Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti. Sultan dan menteri
juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan. Namun
hakikat bahawa tanahair dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini,
berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah
dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.
Justeru,
penentangan terhadap kuasa politik di watannya yang seseorang tinggal dalamnya
tidak menafikan cinta dan sayangnya dia kepada tanahairnya. Nabi Muhammad s.a.w
dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah. Mereka kemudian berpakat dengan
orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim. Bahkan mendapat bantuan
luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut. Itu
semua tidak menafikan cinta Nabi s.a.w kepada Mekah.
Orang
Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang
yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Penang. Orang Selangor yang
tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak
suka BN bukan bererti tidak cintakan negara (klik).
Semoga Ahmad Zahid Hamidi faham dan jangan menuduh semberono. Jangan mengeluarkan perkataan untuk menjadi
juara selepas dilantik ke kementerian baru. Pandanglah dengan mata kejujuran
mengapa mereka melakukan protes keputusan pilihan raya ke-13 oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE
ReplyDeleteKepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih