5
Mei, 2013 (Ahad) rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi berpeluang
untuk mengundi bagi menentukan nasib masa depan negara iaitu sebuah negara yang
diidamkan ‘Malaysia Baru” untuk kesejahteraan keluarga dan genarasi mereka.
Hari
ini bagi penyokong perubahan yang bakal dibawa oleh pakatan rakyat telah bulat
dihati mereka untuk memangkah lambang-lambang parti pakatan rakyat. Hari ini setiap rakyat yang layak mengundi
mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapakah yang harus diberi kuasa untuk
memerintah dan mentadbir negara ini bersih dari rasuah, salahguna kuasa,
beramanah, tanpa ketirisan, adil tidak menzalimi rakyat.
Pakatan
rakyat telah menunjukkan pentadbiran yang bersih dari rasuah di ngeri-negeri
yang ditadbir oleh mereka seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan
Kelantan. Maka tiada sebab untuk
mengatakan pakatan rakyat tiada pengalaman untuk mentadbir sebuah negara
Malaysia.
Hari
ini adalah hari penentuan hidup atau berkubur parti Barisan Nasional (BN) atau pakatan
rakyat. Sekiranya Umno BN kecundang
dalam pilihan raya ke-13 ini, maka Umno BN tidak akan bangkit-bangkit untuk
tempoh yang lama. Begitu juga sebaliknya
jika pakatan rakyat tidak melepasi pilihan raya pada 5 Mei ini maka menjadi
sukar meneruskan agenda rakyat setrusnya.
Hari
ini peluang yang cukup baik untuk kita memangkah untuk pakatan rakyat yang
menjanjikan satu perubahan untuk rakyat.
Oleh itu janganlah mempersiakan peluang ini.
UNDILAH
PAKATAN RAKYAT
INI
KALILAH. BUKAN LAIN KALI
Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
ReplyDelete