Riduan dalam tulisannya mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif
AirAsia X Azran Osman-Rani yang menyata rasa meluatnya ke atas pendirian
pengarang Utusan.
Tapi
bila meneruskan bacaan “Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah
itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang.
Kalau tak tahu lebih baik diam”, ini yang menjadi persoalan. Jelas sekali Riduan juga pejuang tulin mempertahankan
Utusan Malaysia. Azran dengan
terang-terangan menyatakan bahawa beliau anti-perkauman dan membidas sikap rasis
pengarang Utusan Malaysia. Manakala Riduan minta
Azran jangan campur perkara di luar bidang dan minta jika tidak tahu lebih baik
diam. Siapakah Riduan untuk meminta
Azran diam?. Janganlah untuk
memperbodohkan orang yang tidak bertaraf professor. Tidak perlu untuk menjadi professor untuk membezakan antara rasis dan tidak.
Bila
berfikir sejenak, apa yang diusahakan oleh Datuk Seri Najib dalam gagasan
1Malaysia tidak akan berhasil kerana sikap perkauman dikalangan pemikir, pemimpinnya dan juga media mereka. Apa kata Muhyiddin “I am Malay first”. Kepada Riduan tidak perlu bermatian mempertahankan
Utusan. Apa yang diperkatakan oleh Azran
dalam media sosial ada kebenarannya.
No comments:
Post a Comment