Pada 6 Mei, 2013 Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir mengangkat sumpah jawatan menteri besar Kedah. Pada esoknya Tun Mahathir pun bersuara bahawa beliau tidak menjangka pretasi perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib dalam pilihan raya ke-13 lebih teruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. Bijak betul Mahathir, beliau bantai Najib selepas anaknya memegang jawatan menteri besar.
Satu
daripada agenda Mahathir untuk menaikkan anaknya Mukhriz telah pun menjadi
kenyataan. Cita-cita Mahathir bukan hanya setakat itu sahaja, beliau juga ingin
melihat anaknya Mukhriz menjadi Timbalan
Perdana Menteri dan seterusnya memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Prestasi Najib yang merudum tersebut serta
kenyataan beliau yang rasis terhadap bangsa Cina (tsunami Cina) apabila
sokongan masyarakat Cina tidak berpihak kepada Barisan Nasional menjadikan beliau tidak
popular. Bolehkah beliau bertahan untuk memegang jawatan perdana menteri hingga
akhir tahun ini?.
Perhimpunan
Umno ke 67 akan diadakan pada akhir tahun ini (2013). Dalam perhimpunan kali ini jawatan-jawatan
penting dalam parti akan dipertandingkan iaitu dari presiden, timbalan presiden
dan seterusnya. Mukhriz sudah tentu akan bertanding untuk kerusi timbalan presiden. Sekiranya Najib meletak jawatan sebelum
perhimpunan, berkemungkinan Mukhirz juga akan bertanding untuk jawatan
presiden. Ini boleh terjadi. Dalam kedua-dua
keadaan ini Muhyiddin mungkin tidak akan
berpeluang untuk memegang jawatan presiden dan seterusnya memegang jawatan perdana
menteri.
Kini
kocak air tertumpu kepada Najib. Bukan saja dikalangan Umno BN yang mahukan
Najib melepaskan jawatan perdana menteri, bahkan dikalangan pembangkang juga
menunggu Najib berbuat demikian. Sebagai
rakyat biasa kita tunggu dan lihat penamat ceritanya.
YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE
ReplyDeleteKepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih