Perdana
Menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib telah memanggil seramai 17 orang ADUN
negeri Terengganu berjumpa beliau di pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi 9
Mei 2013.
Menurut
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said "Perdana Menteri minta kita bersatu dan
memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat
merebut kembali kerusi yang kita kalah.
Kita
amat faham mengapa Najib beriya benar mahu berjumpa dengan 17 orang ADUN Terengganu
tersebut. Keputusan pilihan raya ke-13
Ahad lepas negeri Terengganu dimenangi oleh Barisan Nasional dengan 17 kerusi
DUN sementara pakatan rakyat pula memenangi 15 kerusi. Dengan keputusan 17/15 ini Dun Terengganu
tidak begitu kukuh. Perbezaan dua kerusi
tersebut umpama telur di hujung tanduk, bila-bila kerajaan Terengganu akan
tumbang. Najib telah nampak perkara ini
dan beliau juga berpengalaman dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Perak dalam tahun
2008 dimana BN memperolehi 28 kerusi dan pakatan rakyat memperolehi 31 kerusi. Dengan melompatnya 2 Adun dari pakatan PKR
dan seorang daripada DAP menjadi “BN friendly” telah menyebabkan BN merampas
kerajaan pakatan rakyat.
Keadaan
sekarang keputusan bagi DUN negeri Perak Barisan Nasional memperolehi 31
kerusi dan pakatan rakyat 28 kerusi.
Kerajaan Perak juga boleh jatuh pada bila-bila masa sekiranya ada
diantara Adun-Adun sekarang membuat pusingan 360 darjah meninggalkan BN.
Kebimbangan
Najib amat jelas. Sebelum ini tidak terdengar berita beliau memanggil Adun-Adun
ke pejabat Umno. Mesej Najib mahu Umno Terengganu memperkukuh kesatuan dan
memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya
mengekalkan penguasaan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Sama-samalah
kita tunggu berita selepas Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
Terengganu kerana selepas ini bantahan-bantahan secara rasmi akan dibuat
terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya ke Mahkamah oleh pakatan rakyat.
Kita
juga ingin dengar berita sehingga bilakah kerajaan Perak boleh bertahan memegang
kuasanya dengan lebihan 3 kerusi DUN. Tidak mustahil keadaan akan berlaku
sebagaimana BN memperlakukan kepada kerajaan pakatan rakyat pada tahun 2008
dahulu. Kalau ini berlaku rakyat tidak terperanjat. Sudah tentu ada yang mengatakan padan muka.
YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE
ReplyDeleteKepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih