Pakatan
rakyat dalam manifesto pilihan raya ke-13 2013 mahu menurunkan harga kereta. Tanpa segan silu Barisan
Nasional juga melakukan demikian.
Sebelum ini merekalah yang mengatakan jika pakatan rakyat berbuat
demikian akan menyebabkan negara bankrap.
Barisan
Nasional berjanji untuk menepati janji untuk menurunkan harga kereta. Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Mustapa Mohamed menyatakan bahawa harga kereta hanya akan turun
dalam masa lima tahun lagi. Menurut
Mustapha kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30
peratus dalam tempoh lima tahun seperti digariskan dalam manifesto mereka.
Semalam
juga Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk
Seri Najib Razak dalam twitternya turut menegaskan sekali lagi tentang janji
berkenaan.
Rakyat Malaysia akan berputih mata mengharapkan harga kereta akan
diturunkan. Nampanya janji BN jangan harap akan ditepati. Mustapaha kata kadar pengurangan harga kereta
akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.
Kalau
2017 pilihan raya ke-14 akan menyusul ini bermakna penurun harga kereta nampaknya
akan dilakukan oleh pakatan rakyat pada 2018 bila mengambil kuasa kelak. Inilah
kerja kerajaan 2 T (dua T), TIRU DAN TIPU.
No comments:
Post a Comment