Hanya
dengan menggunakan media social fb, tweeter dan SMS pakatan rakyat telah dapat
menghimpunkan rakyat dari berbagai keturunan Melayu, Cina, India dan lain-lain
di Stadium Kelana Jaya malam tadi dalam satu himpunan Bantah Penipuan Pilihan
Raya Ke-13 805. Dianggarkan sambutan melebihi 120,000 orang dan menyebabkan
kesesakan jalan raya yang tidak terhingga.
Mereka
datang secara sukarela memenuhkan stadium semata-mata untuk bersama-sama
mengambil bahagian memprotes ketidakadilan dalam satu pilihan raya yang penuh
dengan penipuan yang memenangkan parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Antara
penyebab lain yang memenuhkan stadium ialah apabila perdana menteri 1Malaysia,
Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan perkauman dengan menyalahkan bangsa
Cina ‘tsunami Cina’ kerana kemerosotan
undi Barisan Nasional.
Kesian
Najib, rupa-rupanya gagasan ‘1Malaysia’ hanyalah retorik lain cakap lain bikin.
Bercakap mengenai perpaduan bangsa dalam masa yang sama mengutuk bangsa Cina
kerana tidak menyokongnya. Najib
seharusnya sedar apa yang dihadapi oleh Barisan Nasional bukannya ‘tsunami Cina’
tetapi ia adalah tsunami Melayu, India dan lain-lain bangsa Malaysia iaitu kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan,
yang mahukan nasib mereka dibela, bukan dengan cara memberi BRIM. Rakyat mahu apa yang
dijanjikan oleh pakatan rakyat dapat dilaksanakan. Maka mereka bangkit memilih pakatan rakyat.
Najib jangan runtuhkan sebuah negara yang dibina oleh ayahndanya Tun Razak yang berhempas pulas menitik-beratkan perpaduan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969. Pada 13 Mei ini sudah 43 tahun peristiwa itu berlalu, kini mereka dengan media mereka cuba membakar perasaan rakyat dalam sangkar 1Malaysia, "apa Cina mahu?
Kini
rakyat sedang menunggu hadiah kemenangan Barisan Nasional iaitu kenaikan tarif letrik,
minyak petrol, gas serta perkenalan kepada cukai GST.
YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE
ReplyDeleteKepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih