IKLAN

Sunday, 12 August 2012

Anwar Tidak Pernah Jadi Katak, Nazri Kata Anwar King Of Frog

BlogPingTool.com
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim lah ‘bapa segala katak’ kerana dulu dia dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) masuk UMNO dan lompat parti ke PKR (Parti Keadilan Rakyat).  Nazri mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah akan keluar dai BN menyertai pembangkang.


Itulah kenyataan seorang Menteri, apabila bercakap tentu orang akan senyum sinis dan juga akan mentertawakannya. Mana tidak, Nazri sebenarnya buta sejarah mengenai Anwar.  Sebenarnya Anwar sebelum melibatkan diri dalam politik tanahair beliau adalah dari ABIM iaitu sebuah Ngo islam.   



Anwar tidak pernah melompat parti. Pada Julai 1981 Dr Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Hussin Onn.  Ketika itu berlaku perebutan antara Umno dan Parti Pas untuk mendapatkan Anwar menjadi ahli perti masing-masing.  Pas ketika itu diterajui oleh Allayarham Datuk Asri sedia berkorban jawatannya Yang diPertua Pas untuk diberi laluan  kepada Anwar.  Akhirnya dengan kerja keras Dr Mahathir pada Mac 1982, Anwar terjun dalam politik menyertai  Umno.  Beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tikit Umno.


Ini bermakna Anwar bukanlah melompat ke parti Umno.  Pada ketika itu sehinggalah sekarang ABIM bukannya sebuah parti politik oleh itu untuk bergiat dalam politik beliau terpakasa meninggalkan ABIM.  Begitu juga dengan kemasukkan Anwar dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).  PKR telah ditubuhkan selepas Anwar Ibrahim di pecat dari Umno dan kerajaan.  PKR ditubuhkan pada 4 April 1999 yang diterajui oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail.  Selepas keluar daripada penjara beliau dilantik sebagai Penasihat Umum parti PKR. Pada 26 Ogos 2008,  Anwar telah memenangi dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah untuk memberi laluan kepada Anwar.


Di manakah yang dikatakan oleh Nazri bahawa Anwar melompat parti dan memberi gelaran sebagai ‘King Of Frog’. Kalau peristiwa seperti ini pun tidak dapat dilihat, Tak tahulah. Mungkin kenyatan yang dibuat beliau tersebut tanpa berfikir.  Kita juga ingin bertanya adakah Nazri bakal dicalunkan sebagai calun boleh menang atau winnable candidate untuk BN dalam pilihan raya ke-13 kelak?.

No comments:

Post a Comment