Ketika di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh
Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak , di Taman Tasik Sultan
Abu Bakar, Pekan, semalam 26 Ogos 2012, Najib
dalam ucapannya meminta rakyat jangan sesuka hati membuat perubahan.
Pada awal tahun ini Najib pernah menyatakan dengan simbolik supaya jangan
cuba-cuba menukar pemandu. Sebab pemandu
yang baru belum tentu akan membawa penumpang dengan selamat. Mengapakah
penumpang tidak boleh tukar pemandu jika mereka tahu keselamatan mereka tidak
terjamin untuk sampai ke destinasi mereka bersama pemandu yang tidak diyakini.
Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri mahukan penumpang Ekspress Malaysia
Selamat. Baru-baru ini menjelang perayaan
Aidilfitri diadakan operasi terhadap pemandu bas dan didapati kebanyakan
pemandu bas dalam keadaan positif dadah. Bolehkah diharapkan pemandu seperti
ini. Begitu juga Najib, bolehkah rakyat
bergantung harap untuk memandu untuk satu tempoh masa lagi?. Nampaknya tidak.
Semalam di majlis Aidilfitri di Pekan beliau mengingatkan rakyat
supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran, tidak semua
perubahan membawa sesuatu yang baik.
Rakyat sebenarny sudah memikirkan bahawa perubahan harus dibuat. Kerana pemerintahan BN sudah terlalu lama
iaitu selama 55 tahun. Seorang daripada perdana menterinya, Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun, berbagai kemungkaran
politik, ekonomi, sosial telah dilakukan.
Orang yang mengambil alih begitu juga sama amalannya daripada Islam Hadari
ke Islam Wassatiyah semuanya memakai topeng yang berbeza tetapi mengamalkan kemungkaran
yang sama.
Rakyat sudah celik, mereka sudah dapat menilaikan ‘transformasi’
yang dibawa oleh Najib adalah transformasi ‘flip-flop’ yang hasilnya tidak
nampak untuk dibuat penilaian. Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan hanya
slogan untuk 1Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia. Semua kesusahan akan didahulukan kepada
rakyat, kenaikan harga barangan keperluan yang melampau semuanya akan
didahulukan kepada rakyat, ini dikatakan pencapaian diutamakan.
Najib menyatakan kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang
kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang
lebih baik pada masa akan datang. Ini
samalah dengan kata-kata Tun Mahathir, adalah lebih baik memilih ‘syaitan yang kita
kenali’ daripada memilih pembangkang yang hanya berjanji. Rakyat sudah faham maka itu mereka ingin membuat
perubahan.
Najib meminta jangan terpengaruh dengan janji pembangkang yang
ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya
umum 2008. Kita juga mahu jawapan Najib selama 55 tahun BN memerintah, adakah
semua janji telah ditepati. Orang Pekan tempat
Najib sendiri mengakui mereka juga masih belum mendapat sistem air
bersih. Sudahkah janji ditepati?.
Pembangkang baru 4 tahun berkuasa, bolehkah semua janji ditepati?. Najib tidak dapat membezakan antara 55 tahun dan 4 tahun.
Dalam Najib meminta rakyat jangan sesuka hati membuat
perubahan, apa yang dicakapnya terkena ke batang hidungnya sendiri. Kata Najib “Tidak
semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat”. Faham pun Najib. Sedangkan kerajaan yang ada tidak dapat
diharapkan, apa perlu ditunggu. Ianya
harus ditukar dan di ubah. Rakyat harus
bertukar dari yang buruk kepada yang lebih baik. Kerajaan sekarang sudah lama, nampak sangat buruknya
sejak era Mahathir. Di masa Najib
bertambah-tambah buruk lagi. Rakyat bersyukur
kepada Allah SWT dan beterima kasih kepada BN kerana memberi Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), walaupun pemberian itu dalam tempoh 55 tahun baru merasa sekali. Itu
pun siapakah berwasiat kepada Najib supaya memberi BRIM. Teringat dalam satu filem Madu Tiga arahan Alahyarham
Tan Sri Dr P. Ramlee “ Baik … baik ada makna”.
Kekalutan dan kebimbangan Najib kini amat jelas. Inilah mesej terakhir diulang-ulang yang diluahkan oleh Najib kepada rakyat di setiap majlis yang beliau hadir. Kebimbangan beliau
dan Mahathir sama naik gerafnya silih berganti.
Di hari raya Aidilfitri semasa kunjung mengunjung banyak suara-suara yang mahukan perubahan didengar samada dari orang yang berkunjung atau yang menerima kunjungan. Dulu ada orang yang keras hatinya ”hidupku matiku kerana Umno” sudah lembut nadanya dan sudah mula mengutuk pemimpin Umno BN. Yang tinggal macam tugu tak mahu berubah ialah orang-orang yang mendapat hidayah daripada Umno, yang mendapat kontrak dan biasa senang mendapat wang RM500/ dan RM1000/ upah memancang bendera Umno BN lima tahu sekali. Maruah diri digadai.
Di hari raya Aidilfitri semasa kunjung mengunjung banyak suara-suara yang mahukan perubahan didengar samada dari orang yang berkunjung atau yang menerima kunjungan. Dulu ada orang yang keras hatinya ”hidupku matiku kerana Umno” sudah lembut nadanya dan sudah mula mengutuk pemimpin Umno BN. Yang tinggal macam tugu tak mahu berubah ialah orang-orang yang mendapat hidayah daripada Umno, yang mendapat kontrak dan biasa senang mendapat wang RM500/ dan RM1000/ upah memancang bendera Umno BN lima tahu sekali. Maruah diri digadai.
Maka biarlah Najib berbuih bibirnya mengingatkan dan meminta rakyat supaya
jangan berubah, sebenarnya Najib membuang masa dan air liur sahaja.
No comments:
Post a Comment