IKLAN

Tuesday, 7 August 2012

HUDUD: Pas dan Umno Berbeza

Blog Pinger Free
Ada perbezaan antara Umno dan Pas berhubung pendirian masing-masing terhadap hudud. Isu ini timbul semula selepas debat antara Fathul Bari dengan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dimana dalam debat tersebut Nasarudin menyatakan Karpal Singh  kini memahami dan menerima pendirian parti Pas  mengenai negara Islam tetapi kemudiannya segera dinafikan Karpal.

Isu inilah yang diputar 24 jam oleh puak-puak Umno kononnya terdapat pergeseran yang teruk antara Pas dan DAP yang ibarat  retak menanti belah. Itulah yang dinyatakan oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Memang tidak dinafikan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara terbuka menolak sepenuhnya rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.  Lim Guan Eng sendiri tidak bersetuju berhubung dengan hudud dengan alasan tiada tercatat dalam buku Jingga.


Tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui antara parti-parti dalam pakatan rakyat, tetapi soal bekerjasama dalam menjatuhkan Barisan Nasional tetap padu.  Tidak semua orang suka makan apa yang dihidangkan, tetapi boleh memilih makanan yang mereka suka, yang penting tidak memisahkan kerjasama. 


Perkara hudud ini telah lama menjadi perjuangan Pas, siapakah lagi yang boleh diharapkan di Malaysia untuk menegakkan hukum Allah ini.  Kita yang tidak bersetuju dan mencemuh boleh mengakibatkan gugurnya pegangan akidah kita, kerana tidak yakin.

Walaupun parti Pas dicemuh oleh Umno dan sentiasa mendapat tentangan dari DAP tetapi mereka (Pas) konsisten dan sentiasa menyatakan pendirian  untuk menegakkan hukum Allah ini.  Pas cukup faham, satu masa nanti rakan dalam pakatan rakyat terutama DAP akan memahami apa dia kebaikan hudud sebenarnya. Pas sedang berusaha keras memberi kefahaman kepada rakan-rakan seperjuangan mereka.

Berbeza dengan parti Umno, bila Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan supaya Johor melakasanakan  hukum hudud dalam mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12 pada 20 Jun lalu,  ianya telah mendapat tentangan dari Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Menurut Chua ADUN Umno Johor itu  kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam.  Chua menyatakan MCA pastinya menentang usaha seperti itu.

Dengan disergah oleh Chua Soi Lek saja Umno terus mendiamkan diri, menikus. Maka tidak timbul lagi isu ini tersiar di dada akhbar. Takut kerana isu hudud ini orang-orang Cina akan meninggalkan Barisan Nasional. Sebab itu antara Pas dan Umno berbeza dalam soal hudud. Percayalah Allah berpesan supaya laksanakanlah, yang lain pulangkan kepadanya. Allah Maha Mengetahui.


Datuk Ahmad Zahid Hamidi  menyatakan bahawa  PKR, DAP dan Pas bergabung semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu sudah semestinya.  Bila BN tumbang lain-lain perkara untuk dilaksanakan bertambah mudah.

No comments:

Post a Comment