IKLAN

Wednesday, 8 August 2012

Haram Sokong DAP, Tok Pa Hero Royalti Minyak Kelantan

Blog Pinger Free
Menyokong DAP adalah Haram

Alamak, ulamak pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa hukum menyokong parti DAP adalah haram.  Katanya  DAP secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.  Tetapi bagi MCA yang kerap menentang hukum hudud disifatkan Abdullah bukan kafir harbi kerana MCA tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya.

Sejuk hati puak Umno dengan kenyataan Abdullah Sa’amah, sungguh menyenangkan.  Maka dikeluarlah berita ini di muka hadapan untuk memperbodohkan  orang islam.  MCA terang-terang menentang  hudud daripada DAP sanggup pula memberi amaran kepada Umno akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya Umno mahu melaksanakan hudud. 

Hairan juga kita tiba-tiba suara guru pondok ini timbul.  Mungkin kerana doa Najib semasa membuat lawatan ke Bachok baru-baru ini.  Sebenarnya orang faham apa tujuan berita ini diperbesarkan, ini kerana pengaruh DAP amat membimbangkan Barisan Nasional.  Hampir kebanyakan bangsa Cina dan orang Melayu tetap menyokong DAP dalam pakatan rakyat bersama-sama PKR dan Pas.

Mustapha Mohamad Hero

YM Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan supaya isu royalti minyak Kelantan diselesaikan sebelum pilihan raya ke-13 terus hilang dan dilupakan.  
Kini banyak sepanduk-sepanduk memuji Datuk Seri Mustapha Mohamad (Tok Pa) “Isu Tuntutan Royalti Terima Kasih  PM, Tok Pa”.  

“Tahniah Tok Pa kerana berjaya merundingkan isu Bayaran Tunai Petroleum untuk rakyat Kelantan”.  Itulah antara ucapan terima kasih dan tahniah dalam bentuk sepanduk dilekatkan di mana-mana kesempatan.  Lembu punya susu, sapi punya nama.  Hantamlah belalang.

No comments:

Post a Comment