IKLAN

Tuesday, 21 August 2012

Dendam Mahathir Masih Kekal

Ping Blog
Dendam Tun Mahathir terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim tidak pernah luntur.  Berbagai tuduhan dan tohmahan dibuat terhadap Anwar.  Semasa Anwar menyatakan hasratnya akan bersara jika pakatan rakyat tewas dalam pilihan raya akan datang, Mahathir dengan sinin menyatakan  jika Anwar mahu bersara, bersara saja sekarang. Apa tujuan kata-kata beliau tersebut?. Beliau juga mencadangkan supaya dibuat dua jawatan Perdana Menteri,  beri satu kepada Anwar sebagai 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu Anwar  boleh bersara.  Sungguh hina perbuatan Mahathir.


Mahathir juga tidak sudah-sudah memperkatakan bahawa pemimpin  (Anwar) yang menubuhkan  parti Keadilan (PKR) hanya bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri. “Tumbuhnya Keadilan bukan untuk keadilan rakyat, sebaliknya ingin mencapai cita-cita seseorang sebagai Perdana Menteri". “Orang Melayu berpecah disebabkan oleh orang tertentu yang bercita-cita ingin menjadi seorang PM”.


Mahathir mudah lupa, apakah tujuan beliau semasa menjadi perdana menteri  menyekat Anwar Ibrahim. Jawapannya mudah saja, kerana Mahathir mahu kekal berkuasa sebagai perdana menteri. Jawatan perdana menteri adalah satu kuasa yang boleh melakukan apa sahaja. Maka dengan kuasa juga  beliau  melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menangkap Anwar, membuat tuduhan terhadap Anwar, memfitnah dan memalukan Anwar.


Sehingga sekarang beliau tetap dengan agenda beliau untuk menghalang Anwar untuk jadi perdana menteri seterusnya berkuasa di Putrajaya. Kebimbangan  Mahathir nampak jelas jika Anwar menjadi perdana menteri.  Ini kerana banyaknya kemungkaran yang dilakukan oleh beliau semasa menjadi perdana menteri. Lihat sahaja kenyataan beliau ".. saya tidak bimbang jika pakatan rakyat berkuasa di Putrajaya, yang saya bimbang ialah apabila saya dituduh dengan tuduhan palsu".  


Sebab itu Mahathir terpaksa menyokong Najib, ke hulu ke hilir menghadiri majlis jemputan  khas dan menulis di blognya menghentam pakatan rakyat terutama Anwar Ibrahim. Beliau makin bimbang apabila parti Umno menjadi lemah dan ditinggalkan oleh orang-orang  Melayu yang beredar mengubah haluan. Umno Lemah, akan membawa sama lemahnya Barisan Nasional. 


Perjuangan Mahathir belum selesai.  Anak-anaknya yang lain sudah nampak tempatnya masing-masing tetapi untuk Mukhriz sungguh membimbangkannya. Jika pakatan rakyat berkuasa maka tidak berpeluanglah memegang jawatan Menteri Besar Kedah sebagaimana yang disebut-sebut dan seterusnya ke tahap lebih tinggi jawatan iaitu perdana menteri.  Oleh itu kebangkitan Anwar dan pakatan rakyat harus dihalang. 


Semoga kita sama-sama dipanjangkan umur oleh Allah SWT.  Allah maha berkuasa dan maha mengetahui. Tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment