IKLAN

Friday, 24 August 2012

Mahathir: Jangan Cuba-cuba Tukar Pemerintah. Najib: Jangan Tukar Driver

BlogPingTool.com
Selepas menyarankan supaya rakyat mengundi syaitan (BN) yang dikenali daripada pakatan rakyat (malaikat) yang tidak dikenali yang hanya pandai berjanji, maka Tun Mahathir tanpa segan silu memberi pandangannya supaya jangan cuba-cuba ubah pemerintah.  Sama sahaja dengan apa yang diucapkan oleh perdana menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib meminta rakyat jangan tukar driver.

Setiap hari Mahathir bercakap.  Ada saja isu yang dicakap. Gaya cakapnya ternampak beliaulah orang yang paling bimbang sekiranya pakatan rakyat menawan Putrajaya dan Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri dan Najib pula menjadi ketua pembangkang.  Mukhriz pula tiak diketahui di mana pula tempatnya.

Ramai orang berharap Mahathir berhenti bercakap mengenai isu negara.  Mereka lebih suka jika sisa-sisa hidup yang ada Tun memberi tumpuan  kepada mengingati Allah.  Bertaubat daripada kemungkaran yang dilakukakan seperti menghina hukum hudud dan hukum syarie yang lain.  Jangan bimbang, tidak mungkin pakatan rakyat akan mengambil tindakan yang drastik terhadap Tun. Saya sendiri tidak bersetuju.  Tun sendiri pernah berkata “saya tidak takut pakatan menguasai Putrajaya, yang saya takut tuduhan palsu dikenakan terhadap saya”.  Apakah dosa Tun, sehingga ke tahap itu tindakan akan diambil terhadap Tun.


Sebagai mantan perdana menteri Malaysia yang berkuasa selama 22 tahun (1981 hingga 2003) tidak mungkin Tun buta sejarah.  Apakah yang telah berlaku kepada kerajaan Amerika yang kerap kali bertukar pemerintah sekejap parti Democratic  selepas itu Republican, begitu juga di United Kingdom silih berganti antara Labor Party dan Conservative. Adakah rakyatnya memberontak dan mengalami huru-hara kerana pertukaran pemerintah di negara-negara tersebut?. Begitu juga di Jepun pertukaran parti pemerintah daripada Liberal Democratic Party Of Japan  (LDP) yang memerintah Jepun selama 50 tahun jatuh dan digantikan dengan Democratic Party Of Japan (DPJ). Berlakukah huru-hara di Jepun?.

Tun jangan cuba memutar-belitkan fakta.  Jangan memperbodohkan rakyat Malaysia terutama kaum muda yang sentiasa terkini dan bermaklumat. Kerajaan yang ada (BN) harus ditukar.  Sebab BN sekarang telah dirasuk syaitan (Tun yang kata) yang memang seharusnya ditolak. Adakah kita mahu bersekongkol dengan syaitan?.   Agama lain juga mengakui kerja jahat adalah kerja syaitan.  Orang islam tentunya tidak bertuhankan syaitan.  Apa perlu berdamping dengan syaitan jika ianya membawa kemusnahan diri terutama aqidah.


Rakyat tidak akan takut mengubah pemerintah yang ada.  Ini bukan satu ekpirimen.  Ini telah terbukti bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan pakatan rakyat Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan kejayaan yang besar dalam mentadbir dan membangunkan negeri-negeri dengan tanpa rasuah dan salahguna kuasa.  Ini bukan cubaan lagi tetapi betul-betul.  Lepas ini apa pula Tun?

No comments:

Post a Comment