Orang yang
paling takut sekali jika ditakdirkan oleh Allah SWT pakatan rakyat mengambil
alih pentadbiran Putrajaya ialah Tun Mahathir.
Kebimbangan Mahathir melebihi pemimpin-pemimpin Umno BN yang lain. Kerisauan Mahathir amat jelas diakhir-akhir
ini. Bermula dari keputusan pilihan
raya Ke 12 (2008) dimana pakatan berjaya mentadbir Kelantan, Selangor, Pulau
Pinang, Kedah dan Perak (kemudian dirampas).
Apabila Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada
2003 dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau mengharapkan
Abdullah akan mendengar cakapnya, tetapi cakapnya tidak langsung dipedulikan
oleh Abdullah, apabila Abdullah membatalkan projek jambatan bengkok di Johor
yang sebelum ini diusahakan oleh beliau, maka bermulalah perang antara mereka berdua. Maka timbullah bermacam kod (code) seperti
‘orang tingkat empat’ yang dicipta Mahathir yang merujuk kepada Khairy Jamaluddin
(menantu Abdullah).
Maka berbagai usaha dilakukan oleh Mahathir dan gengnya untuk
menyingkirkan Abdullah dari jawatan perdana menteri, akhirnya Abdullah meletak
jawatan dan digantikan pula oleh orang harapannya iaitu Datuk Sri
Najib pada 2009. Nampaknya Najib juga
tidak dapat diharapkan untuk memulihkan Umno BN. Berbagai usaha dibuat oleh Najib seperti transformasi-transformasi, BRIM dan macam-maca 1Malaysia, keadaan Umno BN semakin hari
semakin parah. Makin hari makin jelas
penghijrahan rakyat kepada pakatan rakyat.
Mahathir tidak senang duduk, berbagai usaha beliau lakukan menggunakan blognya Che Det dan siri ceramahnya dengan mengambil kesempatan menghentam parti pakatan rakyat
terutama Dato Seri Anwar Ibrahim.
Berbagai cara beliau memburukkan pakatan rakyat seperti Himpunan Bersih,
Himpunan Hijau, Anwar Ibrahim penyokong Israel dan berbagai lagi.
Suatu ketika tiada siapa pun bertanya beliau, Mahathir tiba-tiba
mengeluarkan kenyataan “Saya tidak takut pakatan rakyat mengambil Putrajaya,
yang saya bimbang apabila saya dkenakan pertuduhan palsu”. Inilah kebimbangan
Mahathir. Mahathir lebih risau lagi berhubung nasib dan perniagaan anak-anaknya lebih-lebih lagi kerjaya politik anaknya Mukhriz.
Selama 22 tahun menjadi perdana menteri berbagai kemungkaran dilakukan oleh Mahathir. Beliau tahu apakah yang telah dilakukan oleh beliau, pemimpin-pemimpin parti Umno BN dalam mentadbir negara. Melakukan kerja-kerja kotor penuh dengan rasuah, salahguna kuasa, nepotisma, kronisma. Maka dalam kebimbangan yang teramat dan kerana mahukan rakyat menyokong Umno BN maka beliau membuat kenyataan “pilihlah Syaitan yang dikenali daripada pembangkang yang tidak dikenali yang hanya berjanji”. Maksud Mahathir walaupun parti Umno BN adalah parti kotor atau syaitan yang telah tentu dikenali oleh orang daripada malaikat (parti pembangkang) yang tidak dikenali.
Selama 22 tahun menjadi perdana menteri berbagai kemungkaran dilakukan oleh Mahathir. Beliau tahu apakah yang telah dilakukan oleh beliau, pemimpin-pemimpin parti Umno BN dalam mentadbir negara. Melakukan kerja-kerja kotor penuh dengan rasuah, salahguna kuasa, nepotisma, kronisma. Maka dalam kebimbangan yang teramat dan kerana mahukan rakyat menyokong Umno BN maka beliau membuat kenyataan “pilihlah Syaitan yang dikenali daripada pembangkang yang tidak dikenali yang hanya berjanji”. Maksud Mahathir walaupun parti Umno BN adalah parti kotor atau syaitan yang telah tentu dikenali oleh orang daripada malaikat (parti pembangkang) yang tidak dikenali.
Sungguh tidak disangka seorang mantan perdana menteri, bekas presiden parti Umno BN sanggup
mencemuh partinya sendiri dengan menggelarkannya sebagai parti ‘syaitan’ untuk meminta orang kekal
memilih Umno BN walau pun ianya parti yang kotor ‘syaitan’. Yang peliknya tidak
terjumpa langsung dikalangan pemimpin Umno BN yang tampil menempelak kata-kata
Mahathir tersebut. Adakah mereka takut
kerana pengaruh Mahathir jika menyentuh perkara ini menyebabkan mereka tidak tersenarai
sebagai winnable candidates?
Pernah perkara ini saya ajukan kepada orang kuat parti Umno,
mereka sangat merasa bimbang implikasi dari kenyataan Mahathir tersebut telah menyebabkan
sokongan masyarakat kepada pakatan rakyat bertambah, lebih-lebih lagi kini keadaan
saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sedang mula berkecamuk dan
membimbangkan peneroka.
Syaitan yang dikenali, memang kotor. Jika seorang mantan perdana menteri membuat
kenyataan ini bukanlah cobaan tetapi
betul-betul syaitan. Risau Mahathir
tidak tertanggung oleh beliau, maka beliau tidak sedar dan meracau, lepas itu
terpancut dari mulunya perkataan “malaikat pun buat silap”.
Kita pun tidak faham, apakah pegangan orang seperti ini
menghina agama sesuka hatinya bagai tiada apa-apa rasa bersalah. Teringat kata-kata Allayarham Ustaz Fadzil
Nor yang mendoakan supaya Mahathir dipanjangkan umur supaya dapat dilihat
sendiri kekalutan dan kemungkaran yang dilakukannya.
Sebagai orang islam kita harus menolak parti Umno BN yang
diakui sendiri oleh Mahathir sebagai parti syaitan. Kerja kotor adalah kerja syaitan. Tinggalkanlah parti yang membawa mudarat
kepada bangsa, agama dan negara. Orang bukan
islam pun tahu kerja buruk adalah kerja syaitan. Tinggalkan parti syaitan yang
sekarang sedang memohon mendapatkan talian hayat.
No comments:
Post a Comment