IKLAN

Thursday, 2 August 2012

Logo Sambutan Kemerdekaan Ditukar Setiap Minggu

Ping my blog
Bersimpati juga pada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berhubung dengan logo sambutan Hari Kemerdekaan.  Beliau teruk dikritik hampir saban hari di internet berhubung dengan logo yang disediakan untuk tahun 2012 dan  dianggap satu-satunya logo yang tiada standard langsung yang boleh dibuat oleh pelajar darjah empat. 

Akhirnya Rais mengeluarkan kenyataan dengan memberi alasan-alasan yang menunjukkan kebodohannya. Alasan yang sungguh lawak ialah logo yang ada (seperti gambar) bukanlah logo yang tetap (pulak).  Logo akan ditukar setiap minggu, ini kerana menurut beliau  kemeteriannya menerima setiap minggu grafik baru yang disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuklah pengamal media, pelajar dan pensyarah serta juga pelukis.  


Beliau minta pembangkang bersabar. Mengapa pula minta pembangkang bersabar, sedangkan bukan pembangkang sahaja yang mempertikaikan logo tersebut bahkan orang ramai turut sama mencemuh kewujudan logo tersebut.

Bukan saja logo  yang menjadi kontroversi, lagu sambutan merdeka juga dipertikaikan kerana dikatakan dicedok daripada lagu ketuhanan kristian dari Indonesia. Lagu Janji Ditepati  senikatanya ditulis oleh Rais sendiri  umpama mahu mengampu tuannya, atau bolehlah diibaratkan lagu ini untuk orang Umno sahaja yang harus merayakan hari kemerdekaan yang Ke-55 ini.  Senikatanya Janji telah ditepati, tiba masa membalas budi mendapat kritikan di youtube melebihi ratusan ribu memilih “dislike”. Senikata lagu tersebut menunjukkan BN mahu budi mereka dibalas. Buruk siku betul.

Rais juga mempertikaikan niat pihak pembangkang yang mahu membuat slogan dan logo kemerdekaan di negeri pakatan pembangkang.  Apa salahnya, selama ini setiap tahun negeri-negeri mengadakan majlis sambutan kemerdekaan ditempat masing-masing.  Apa yang penting Hari Kemerdekaan itu disambut. Menurut Datuk A Samad Said pembangkang juga akan menggunakan slogan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa," yang dipilih daripada  idea orang ramai.

No comments:

Post a Comment