Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan Barisan
Nasional membiarkan isu-isu perkauman dimainkan oleh akhbar Utusan
Malaysia. Bukan isu perkauman saja yang
dicanangkan bahkan isu agama juga cuba diperbesarkan hampir saban hari. Alahyarham Tengku Abdul Rahman dan Tun Abdul
Razak telah begitu serius mewujudkan
perpaduan kaum selepas peristiwa 13 Mei
1969. Berbagai langkah diambil bagi
mewujudkan kerharmonian kaum. Langkah ini telah menampakkan hasilnya dan
peristiwa 13 Mei 1969 hampir dilupakan.
Akhir-akhir ini
iaitu selepas keputusan pilihan raya ke 12 (2008) dimana pakatan rakyat
dapat menguasai 5 negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak (Selepas itu
dirampas) di bawah Perdana Menteri 1Malaysia banyak sungguh isu perkauman tanpa sekatan dimainkan oleh ngo-ngo pro-Umno. Tujuannya semata-mata untuk
menakut-nakutkan orang Melayu sekiranya tidak mengundi atau menyokong kerajaan
BN maka negara akan hancur, orang Melayu tidak terbela lagi, hanya Umno saja
yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu, Agama dan Raja.
Kerajaan Barisan Nasional akan melakukan apa saja
untuk menghasut orang Melayu untuk membenci pakatan rakyat. Sekarang isu parti DAP dan isu kaum
ditimbulkan semula. Ditariknya guru pondok
membuat kenyataan bahawa menyokong parti DAP adalah haram kerana DAP menentang
penubuhan negara islam dan menentang hukum hudud.
Dijadikan berita penting di dada akhbar
terutama Utusan Malaysia untuk mencanangkannya 24 jam supaya orang Melayu tidak
menyokong DAP. Sebenarnya langkah yang
diambil adalah langkah yang silap. Riak ikan di air dapat diteka jantan
betinanya. Orang ramai dapat memahaminya
tujuannya. Tidak akan berubah tekad
mereka tetap juga akan bersama dengan pakatan rakyat.
Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengapa DAP
dikaitkan dengan menentang hudud sedangkan MCA dan juga Umno juga menentang
hudud apa bezanya. Najib sebagai perdana
menteri juga tidak menyokong hukum hudud. Najib pernah berkata selagi beliau jadi PM beliau tak akan laksanakan
hukum hudud, Tun Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri
besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.
Tidak ada di negara didunia ini yang mahukan negaranya porak peranda dan
berlaku kekacauan kaum dengan kerajaan menggalakkan isu perkauman dimainkan
demi survival politik untuk kekal berkuasa. Tun Razak yang bertungkus lumus
untuk menjamin rakyat berbagai kaum di
negara ini hidup berharmoni dengan perpaduan, apabila sampai ke anaknya Najib
perpaduan ini cuba dirobohkan. Malang sungguh.
DAP sudah cukup berubah dan boleh diterima oleh orang Melayu, parti ini
dalam sejarahnya tidak pernah diharamkan tidak seperti parti Umno diisytiharkan
oleh mahkamah pertubuhan yang tidak sah.
Banyak
cara lain untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat. Bukan menabur BRIM
(bantuan rakyat 1Malaysia), tetapi kesungguhan melaksanakan janji transformasi
menangani gejala rasuah dan salahguna kuasa, membuka ruang keadilan undang-undang dan bukan
cara menghasut dan mengugut. Zaman hasut
dan ugut sudah berlalu. Berbeza amat
berbeza. Dulu jika pilihan raya diadakan
nampak gambar dacing saja orang akan memangkahnya, sekarang orang takut
untuk mengundi dacing yang sama. Takut dacing tidak boleh digunakan untuk sebarang
pertimbangan.
No comments:
Post a Comment