IKLAN

Tuesday 23 July 2013

KEMENANGAN PAS DALAM PRK PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN BERULANG DI DUN KUALA BESUT

www.blogpingtool.com
Esok 24 Julai, 2013 (Rabu) akan berlangsung pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut.  PRK ini diadakan berikutan kematian  YB Dr Abd Rahman Mokhtar   (BN).  Dalam Pilihan raya Umum (PRU) Mei, 2013 Dr Abd Rahman  memperolehi undi  8809  sementara  lawannya calon PAS, Napsiah Ismail memperolehi 6375 undi.  Dr Abd Rahman  menang dengan majoriti 2434.

Dalam PRK Kuala Besut, Barisan Nasional telah menurunkan seorang Jurutera iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman melawan calon PAS Azlan@Endot bin  Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long seorang ahli kontraktor.

Selepas penamaan calon dan masa berkempen berbagai-bagai janji dan pemberian dibuat oleh Barisan Nasional kepada bakal pengundi di Kuala Besut. Berjanji dalamkan muara Sungai Kuala Besut, pembaikan empangan Lowvier dan berbagai projek yang tidak ada dalam manifesto PRU lepas. Yang tidak dijanjikan ialah membina jambatan ke Pulau Perhentian.  Menurut Ahli Jawatankusa Induk PRK Kuala Besut  Dr Dzulkefli Ahmad , sehingga kini BN jumlah peruntukan  telah digunakan oleh BN dalam PRK Kuala Besut mencecah RM476.19 juta.

Kajian dari ILHAM CENTRE  menunjukkan bahawa PRK Kuala Besut kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional berdasarkan kepada elemen bantuan rakyat dimanipulasi sepenuhnya oleh jentera kerajaan dalam pelbagai bentuk sama ada bersifat one off hinggalah kepada janji-janji yang mengikat minda pengundi. Kebanyakan responden mengakui terpengaruh dengan manipulasi ini sehinggakan peratus prediksi kemenangan memihak kepada Barisan Nasional mendahului sebanyak 69 peratus berbanding hanya 13 peratus kepada PAS.

Kajian seperti ini juga berlaku pada PRK Parlimen Kuala Terengganu pada  17 Januari  2009 yang meramalkan kemenagan kepada calon Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh  (seorang Senator dan juga Tim. Menteri Dalam Negeri ketika itu) berlawan dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Bin Endut. PRK ini diadakan kerana kematian Datuk Razali Ismail merangkap Tim Menteri Pelajaran. 

Barisan Nasional telah membuat pelbagai janji pada PRK Parlimen Kuala Terengganu ketika itu seperti:

Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.      bullet buttonPeruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu. 
    
Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.    
 
Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.   
      
Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.    

Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).   
              
Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
    
Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.  
   
Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.  
  
Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.     

Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.    
 
Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.   
  
Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Walau lambakan pelbagai pemberian dibuat oleh Barisan Nasional akhirnya keputusan PRK Parlimen Kuala Terengganu telah dimenangi oleh calon PAS Mohd Abdul Wahid Bin Endut (PAS)  dengan 32,883 undi mengalahkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh ( UMNO)  mendapat  30.252 undi iaitu majority kemenagan kepada PAS sebanyak 2631 undi.

Kali ini ramalan mengatakan Barisan Nasional mempunyai 69% peluang untuk menang di Kuala Besut hanyalah satu ramalan.  Setakat ini kedua-dua pihak mengharapkan pengundi yang bekerja di luar Kuala Besut untuk membantu kemenangan. Ini serupa juga berlaku di Kuala Terengganu.

Semua faham nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah memainkan peranan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dengan memilih hari mengundi pada hari waktu bekerja mingguan dan tidak pada hari cuti hari mingguan.  Hanya manusia merancang tetapi perancang dan ketentuan sebenarnya ialah Allah SWT. Tunggulah keputusan PRK Kuala Besut pada malam 24 Julai 2013 jam 10.00 malam sebagaimana dijanjikan oleh SPR mungkinkah apa yang berlaku di Kuala Terengganu pada 2009 akan berulang di Kuala Besut pada 2013 ini?.